Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2173-11
Bandingkan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12 bertanggungjawab memastikan penerbangan awam dijalankan dengan selamat melalui pengawasan pelesenan semua ahli udara dan Flight Dispatcher penerbangan awam, pengeluaran sijil pengusaha udara dan pengawasan berterusan untuk semua pengusaha udara yang menjalankan aktiviti penerbangan awam, penilaian kompetensi ahli udara dan kapal udara melalui ujian penerbangan, dan menjalankan penyiasatan kemalangan udara apabila perlu
Tugasan
Mengetuai unit- unit di Bahagian Operasi Penerbangan.
Mentadbir pejabat Unit Pelesenan dan Peperiksaan termasuk memproses permohonan lesen-lesen anak kapal.
Memeriksa semua permohonan lesen-lesen anak kapal untuk menentukan bahawa data adalah tepat dan betul.
Menyimpan semua rekod-rekod ujian penerbangan, tindakan disiplin, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain perkara berkenaan anak kapal.
Mengkoordinasi dengan unit pemeriksaan teori sebelum melulus dan mengeluarkan lesen dan rating penerbangan kepada anak kapal.
Menjawab dan menerangkan semua pertanyaan surat-menyurat mengenai polisi, prosedur dan kehendak berkaitan dengan lesen dan rating anak kapal yang telah ditetapkan.
Membantu melaksanakan pemeriksaan seperti base, station facility, apron, en-route dan kabin pada waktu-waktu yang di tetapkan untuk mengawal dan mengawasi tahap operasi penerbangan ke atas syarikat-syarikat penerbangan negara dan antarabangsa.
Memberitahu syarikat-syarikat penerbangan secara bertulis mengenai sesuatu kekurangan yang terdapat di dalam operasi penerbangan masing-masing.
Melengkapi, menilai dan menganalisis laporan-laporan pemeriksaan syarikat penerbangan untuk tindakan seterusnya.
Membantu menentukan piawaian dalam pengujian kapal udara di negara ini adalah di tahap yang tinggi dengan adanya pengawasan yang rapi terhadap program-program pengujian kapal udara bagi pesawat baru prototype, series dan in-service.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan baik.
Berupaya merancang tugas dengan baik dan melaksanakan pekerjaan secara efisien.
Mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan.
Khusus
Berkebolehan menggunakan komputer dengan baik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti dan tepat.
Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih penerbangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.