- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
217
Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/ Lokomotif
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2173-10
Bandingkan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10 bertanggungjawab memastikan penerbangan awam dijalankan dengan selamat melalui pengawasan pelesenan semua ahli udara dan Flight Dispatcher penerbangan awam, pengeluaran sijil pengusaha udara dan pengawasan berterusan untuk semua pengusaha udara yang menjalankan aktiviti penerbangan awam, penilaian kompetensi ahli udara dan kapal udara melalui ujian penerbangan, dan menjalankan penyiasatan kemalangan udara apabila perlu
Tugasan
Menilai dan meluluskan permohonan pengeluaran lesen dan/atau rating, serta memastikan lesen penerbangan dan rating kapal udara sentiasa sah.
Menilai permohonan untuk validasi lesen juruterbang asing dan/atau rating, serta menentukan keperluan seterusnya.
Menyelaraskan proses permohonan lesen dengan Pemeriksa Juruterbang dan pengendali ujian amali, serta memastikan rekod peribadi krew udara dikemas kini dan disimpan dengan selamat.
Mengawas penyediaan dan penyemakan kurikulum peperiksaan dan keperluan peperiksaan untuk pelbagai lesen dan rating.
Menentukan bahawa kelayakan pemeriksa juruterbang di Bahagian Operasi Penerbangan, termasuk lesen dan rating kapal udara sentiasa sah.
Melaksanakan pemeriksaan operasi penerbangan seperti base, station facility, apron, en-route, dan kabin untuk mengawal dan mengawasi tahap operasi syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa.
Memastikan bahawa pengawasan dan pemeriksaan mengikut prosedur dan kehendak yang ditetapkan untuk tujuan keseragaman.
Mengambil langkah-langkah yang wajar seperti pemberitahuan tindakan pembetulan kepada syarikat-syarikat penerbangan bersabit dengan sesuatu kekurangan.
Membuat penelitian terhadap dokumen-dokumen seperti manual prosedur dan arahan yang disediakan oleh syarikatsyarikat untuk anggota-anggotanya bagi memastikan ianya adalah tepat.
Membantu menjalankan piawaian dalam pengujian kapal udara di negara ini adalah di tahap yang tinggi dengan adanya pengawasan yang rapi dan teliti terhadap program-program pengujian kapal udara bagi pesawat baru prototype, series dan in-service.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan baik.
Berupaya merancang tugas dengan baik dan melaksanakan pekerjaan secara efisien.
Mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan.
Khusus
Berkebolehan menggunakan komputer dengan baik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti dan tepat.
Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih penerbangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2173-01
Juruterbang
2173-02
Pengajar Penerbangan
2173-03
Jurutera Pereka Pesawat
2173-04
Jurutera Aeronautik
2173-05
Kakitangan Kajian Kelayakan Udara
2173-06
Pegawai Penerbangan Marin
2173-07
Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen
2173-08
Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Gred AT9
2173-09
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9
2173-10
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10
2173-11
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12
2173-12
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT13
2173-13
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 (Pengarah Operasi Penerbangan)
2173-14
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10
2173-15
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT12
2173-16
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13
2173-17
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.