- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
217
Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/ Lokomotif
Kumpulan Unit
2171
Jurutera Kapal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2171-02
Bandingkan
Arkitek Kapal bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina, menyelenggara dan membaiki kapal dan struktur marin, termasuk kapal, kapal selam, kapal layar, feri dan platform luar pesisir. Mereka mengaplikasikan prinsip kejuruteraan untuk memastikan kapal selamat, cekap, stabil dan mampan dari segi alam sekitar, dengan mengambil kira bentuk badan kapal, struktur, kestabilan, rintangan dan pendorongan. Kerja mereka mengintegrasikan sistem mekanikal, elektrik dan struktur, selalunya bekerjasama dengan jurutera marin dan pakar lain sepanjang kitaran hayat kapal.
Tugasan
Membangunkan reka bentuk dan pelan terperinci untuk kapal dan struktur marin mengikut piawaian teknikal, keselamatan dan peraturan.
Menjalankan pengiraan hidrostatik, hidrodinamik dan struktur untuk menilai kestabilan, rintangan, pendorongan dan prestasi keseluruhan kapal.
Mensimulasikan dan menilai tingkah laku kapal menggunakan perisian Computer-Aided Design (CAD) dan kejuruteraan bagi menyokong pengesahan reka bentuk.
Bekerjasama dengan pasukan pembinaan dan pakar lain untuk memastikan reka bentuk kapal dilaksanakan dengan tepat semasa pembinaan.
Memberikan nasihat teknikal mengenai prestasi, keselamatan, kestabilan dan kecekapan reka bentuk kapal sepanjang kitaran hayat kapal.
Menyelia pengubahsuaian dan pemasangan semula kapal bagi memastikan pematuhan berterusan, keselamatan dan penambahbaikan prestasi.
Memastikan reka bentuk kapal dan struktur marin mematuhi piawaian maritim antarabangsa dan keperluan badan pengelasan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan kerja berpasukan dan pengurusan projek untuk kerjasama yang berkesan dalam projek-projek besar.
Kemahiran analitikal dan pemikiran kritis yang kuat untuk mentafsir data teknikal dan meyelesaikan masalah kejuruteraan.
Kemahiran berkomunikasi bertulis dan lisan yang baik untuk pelaporan dan kerjasama pasukan.
Ketelitian terhadap perincian dan ketepatan yang tinggi bagi memastikan intergriti reka bentuk dan keselamatan.
Mendengar secara aktif dan membuat keputusan yang wajar bagi menyokong pertimbangan kejuruteraan.
Khusus
Kecekapan dalam perisian kejuruteraan dan reka bentuk untuk reka bentuk dan analisis kapal serta struktur marin.
Kecekapan dalam prosedur ujian kapal, penilaian prestasi dan pengesahan reka bentuk sepanjang peringkat pembinaan dan dok kering.
Keupayaan untuk menjalankan pengiraan hidrostatik, hidrodinamik dan struktur bagi penilaian prestasi dan kestabilan kapal.
Kompetensi dalam menyelia pengubahsuaian dan pemasangan semula kapal untuk meningkatkan keselamatan, pematuhan dan prestasi reka bentuk.
Pengetahuan dalam peraturan maritim antarabangsa serta keperluan badan pengelasan.
Pengetahuan dalam prinsip seni bina kapal, termasuk daya apungan, kestabilan, rintangan, pendorongan dan integriti struktur.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.