- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2166
Pereka Grafik dan Multimedia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2166
Bandingkan
Pereka Grafik dan Multimedia mereka bentuk kandungan maklumat komunikasi visual dan audio, penerbitan dan paparan menggunakan filem, elektronik, digital dan lain-lain bentuk media visual dan audio. Mereka mencipta kesan khas, animasi, atau lain-lain imej visual untuk kegunaan dalam permainan komputer, filem, video muzik, media cetak dan iklan.
Tugasan
Menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti dalam bentuk visual dan paparan kerja yang berkaitan dengan seni.
Mencipta rekaan untuk persembahan dan props produksi.
Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan-bahan penerbitan dan trofi.
Merumuskan konsep reka bentuk.
Menyediakan lakaran, gambar rajah, ilustrasi dan susun atur serta konsep reka bentuk.
Mereka bentuk grafik dan animasi kompleks.
Mewujudkan dua dimensi dan tiga dimensi imej yang menggambarkan objek dalam gerakan atau menggambarkan proses, menggunakan animasi komputer atau model program.
Merundingkan hasil reka bentuk dengan pelanggan, pihak pengurusan, serta kakitangan jualan pengeluaran.
Memperincikan dan mendokumenkan reka bentuk yang dipilih untuk pengeluaran.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.