- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2166
Pereka Grafik dan Multimedia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2166-03
Bandingkan
Pereka Gred B9 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Mengurus dan mentadbir unit termasuk memimpin dan mengawal selia anggota unit di bawahnya.
Menyediakan keperluan kewangan bagi belanjawan tahunan unit untuk membiayai strategi, program, dan aktiviti.
Mengurus perbelanjaan unit, perolehan, dan memastikan pembayaran dibuat tepat, cepat, dan mengikut peraturan dan pekeliling.
Merancang dan melaksanakan strategi kempen kerajaan melalui komunikasi visual yang berkesan.
Menyediakan laporan-laporan aktiviti bulanan dan tahunan serta pelbagai kertas kerja unit.
Menjalankan kajian dan mengenal pasti kaedah dan teknologi terkini dalam bidang komunikasi visual/ seni reka.
Mengawal selia projek untuk memastikan objektif bahagian tercapai dan membuat keputusan sebagai pakar rujuk.
Membantu mengurus produksi multimedia/bahan publisiti yang berkesan untuk menyokong kempen, program, dan aktiviti.
Bertanggungjawab melaksanakan pameran bersepadu/grafik/multimedia mengikut konsep yang dirancangkan.
Memberi bimbingan, tunjuk ajar, dan latihan kepada anggota bawahan bagi meningkatkan mutu hasil kerja yang inovatif dan kreatif.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Berkebolehan membuat kerja pada bila-bila masa termasuk di luar kawasan atau pejabat.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis dan mewarna serta berkebolehan menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.