Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2165
Bandingkan
Pelukis Peta dan Juruukur
Pelukis Peta dan Juruukur menggunakan kaedah dan teknik mengukur untuk menentukan posisi sebenar ciri dan sempadan tanah sama ada yang semula jadi atau yang dibina, di laut, kawasan bawah tanah dan cakerawala, serta menyediakan atau menyemak gambaran digital, grafik, peta dan carta menggunakan prinsip sains dan matematik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan dan ukuran siasatan kejituan.
Mengkaji, mengukur, dan menggambarkan permukaan tanah bagi pelbagai tujuan, termasuk membuat peta, kerja pembinaan, atau penetapan sempadan hartanah.
Mengukur laut, sungai, dan dasar sungai, menentukan sempadan permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan sebenar pelbagai ciri dan membuat carta dan peta yang akan digunakan khususnya dalam menentukan perairan dan terusan yang boleh dilayar.
Menganalisis foto udara dan foto lain, gambaran satelit dan data ukur untuk menyediakan .
Menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti, dan peta tematik lain.
Mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknikal, estetik dan ekonomi dalam penghasilan peta.
Menyelia penyediaan pelan, peta, carta dan lukisan untuk memberi gambaran, dan menguruskan sistem maklumat berautomasi.
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan sistem ukuran tinjauan dan fotogrametri, sistem kadaster (pegangan tana, dan sistem maklumat tanah).
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.