- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2165
Pelukis Peta dan Juruukur
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2165-02
Bandingkan
Juruukur bertanggungjawab untuk mengukur, memetakan dan menganalisis data tanah dan tapak bagi menyokong aktiviti perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Mereka menetapkan titik kawalan, sempadan, penjajaran dan aras, mengesahkan ketepatan ukuran dan lukisan serta menyelesaikan percanggahan dimensi. Kerja mereka termasuk berhubung dengan perunding dan pasukan tapak, menyediakan rekod tinjauan, menjalankan tinjauan siap bina dan menggunakan instrumen dan teknologi canggih untuk memastikan data yang tepat dan boleh dipercayai merentasi pelbagai persekitaran.
Tugasan
Menjalankan tinjauan lapangan untuk menetapkan sempadan harta, ciri tanah, titik kawalan, penjajaran dan aras dengan memastikan ketepatan.
Menyediakan dan menyelenggara peta, lakaran, rekod tinjauan dan laporan berdasarkan penemuan tinjauan untuk klien dan pihak berkepentingan.
Menganalisis data tinjauan serta mengesahkan ukuran dan lukisan bagi memastikan ketepatan dan pematuhan kepada piawaian.
Menggunakan teknologi canggih seperti Global Positioning System (GPS), total station dan perisian Geographic Information System (GIS) untuk meningkatkan ketepatan tinjauan.
Menyelaras dengan arkitek, jurutera, perunding, pasukan tapak dan pihak berkuasa kerajaan untuk mengintegrasikan data tinjauan ke dalam dokumen perancangan dan pembinaan.
Menyelia pasukan lapangan serta memastikan penentukuran dan penyelenggaraan instrumen tinjauan dilaksanakan dengan betul.
Menilai dan menghuraikan permukaan tanah, serta menjalankan tinjauan siap bina bagi tujuan harta, pembinaan dan pembangunan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran asas komputer untuk menggunakan alatan perisisan dan mentafsir lukisan teknikal dan peta.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan dan pelanggan.
Kemahiran matematik dan analitikal untuk pengiraan yang tepat dan tafsiran data yang tepat.
Ketelitian kepada butiran bagi memastikan ukuran tijauan yang tepat dan hasil yang berkualiti tinggi.
Pemikiran kritis dan kebolehan penyelesaian masalah untuk menganalisis data tinjauan dan menyelesaikan isu di tapak.
Khusus
Kecekapan dalam AutoCAD, Civil 3D dan perisian Geographic Information System (GIS) untuk analisis data tinjauan, pemetaan dan pemodelan tiga dimensi.
Kecekapan dalam mengendalikan instrumen tinjauan moden.
Kecekapan dalam tinjauan udara berasaskan dron dan pengumpulan data.
Keupayaan untuk menganalisis dan mentafsir data spatial menggunakan Geographic Information System (GIS) dan teknik data tinjauan lanjutan.
Keupayaan untuk menyelia pasukan lapangan dan menyelaras pengumpulan data tinjauan serta operasi lapangan yang tepat.
Pengetahuan dalam undang-undang tanah tempatan, perundangan harta dan piawaian tinjauan bagi pematuhan peraturan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2165-01
Jurukartografi
2165-02
Juruukur
2165-03
Jurugeospatial Gred J9
2165-04
Juruukur Gred J9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.