- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2162
Arkitek Landskap
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2162
Bandingkan
Arkitek Landskap
Arkitek Landskap merancang dan mereka bentuk kawasan rekreasi, susun atur bandar dan landskap, serta merancang dan memantau pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikpulihannya.
Tugasan
Melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, landskap serta memberi input kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan.
Merujuk pelanggan dan memberi cadangan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan aspek pembinaan yang lain.
Memeriksa kerja pembinaan yang dijalankan untuk memastikan pelan, spesifikasi, dan standard kualiti dipatuhi.
Merancang dan mereka bentuk pembangunan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institusi, lapangan terbang, jalan raya dan projek yang berkaitan, dan untuk tapak komersil, perindustrian dan kediaman.
Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi, dan anggaran kos untuk pembangunan tanah, menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur, dan tumbuh-tumbuhan.
Menyelia pengujian dan pentauliahan kerja yang telah siap.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.