Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2161
Bandingkan
Arkitek Bangunan
Arkitek Bangunan merancang, memberi nasihat, mereka bentuk bangunan rekreasi, institusi, kediaman, komersil dan industri, serta merancang dan memantau pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikpulihannya.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang, menerima dan mengkaji ringkasan projek, melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk, reka bentuk terperinci, lukisan kerja dan spesifikasi.
Membangunkan teori dan kaedah kesenibinaan yang baru atau yang ditambah baik.
Merujuk pelanggan dan memberi saranan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan aspek pembinaan yang lain.
Mereka bentuk bangunan dan menyediakan lukisan dan pelan untuk pembinaannya.
Mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai masalah fungsi dan kualiti persekitaran dalaman bangunan, dan membuat reka bentuk, lukisan dan pelan yang perlu.
Memeriksa kerja pembinaan yang sedang berlangsung untuk memastikan pelan, spesifikasi dan standard kualiti dipatuhi.
Merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan di bandar.
Merancang dan mereka bentuk pembangunan kawasan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, perindustrian dan kediaman.
Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi dan anggaran kos pembangunan tanah, dan menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan. tanah, struktur dan tumbuh-tumbuhan.
Menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang telah siap.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.