- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
215
Jurutera Elektroteknologi
Kumpulan Unit
2153
Jurutera Telekomunikasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2153
Bandingkan
Jurutera Telekomunikasi
Jurutera Telekomunikasi menjalankan penyelidikan, mereka bentuk dan mengarah fungsian bagi penyelenggaraan, pembaikan sistem dan peralatan telekomunikasi. Mereka mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk dan proses dalam kejuruteraan telekomunikasi.
Tugasan
Memberi nasihat dan mereka bentuk peranti, litar, dan sistem elektronik yang digunakan dalam komputer, telekomunikasi, sistem kawalan dan aplikasi perindustrian lain
Menyatakan kaedah pengeluaran atau pemasangan, bahan, kualiti dan standard keselamatan dan mengarah pengeluaran, atau mengarah kerja-kerja pemasangan produk telekomunikasi dan sistem.
Mengelola dan mengarah penyelenggaraan dan pembaikan motor, sistem telekomunikasi dan peralatan.
Mengkaji dan memberi nasihat ke atas peralatan telekomunikasi.
Merancang dan mereka bentuk rangkaian komunikasi yang berdasarkan media komunikasi berwayar, gentian optik dan tanpa wayar.
Mereka bentuk dan membangunkan algoritma pemprosesan isyarat dan melaksanakannya melalui perkakasan dan perisian yang sesuai.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.