Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2153-01
Bandingkan
Jurutera Telekomunikasi mereka bentuk, melaksanakan dan menyelenggara sistem dan rangkaian telekomunikasi, termasuk peralatan radio, penyiaran dan komunikasi data. Mereka merancang susun atur sistem, mengoptimumkan infrastruktur, menyelia pemasangan dan konfigurasi serta memastikan pematuhan dengan peraturan dan piawaian keselamatan data. Peranan ini menyokong penghantaran suara, data dan video yang lancar, mengintegrasikan teknologi komunikasi ke dalam operasi perniagaan serta menyediakan panduan dan dokumentasi teknikal untuk membolehkan penggunaan sistem yang cekap.
Tugasan
Mereka bentuk, merancang dan melaksanakan sistem serta infrastruktur telekomunikasi, termasuk pautan gelombang mikro, rangkaian gentian optik dan menara tanpa wayar.
Menjalankan ujian lapangan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah rangkaian, serta mengesahkan prestasi dan kebolehpercayaan sistem.
Menyelenggara dokumentasi teknikal yang tepat bagi susun atur sistem, pemasangan, konfigurasi dan aktiviti penyelenggaraan.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan, keselamatan dan piawaian industri dalam semua operasi telekomunikasi.
Memberikan sokongan dan panduan teknikal kepada klien, pengguna dan pasukan dalaman bagi membolehkan operasi dan penggunaan sistem yang cekap.
Kemahiran
Asas
Kebolehan membaca dan mentafsir rajah teknikal,skematik dan manual.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk mendiagnoisis serta menyelesaikan kerosakan sistem.
Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan dan vendor.
Pemahaman tentang konsep komunikasi data termasuk TCP/IP,subnetting,protokol penghalaan dan penulisan.
Pemikiran kritis dan kebolehsuaian menangani teknologi yang berkembang dan bekerja secara berdikari.
Khusus
Kecekapan dalam mengkonfigurasi dan menyelesaikan masalah peranti rangkaian, termasuk penghala dan suis.
Kecekapan dalam mereka bentuk, mengkonfigurasi dan menyelenggara rangkaian komunikasi tanpa wayar.
Kecekapan dalam pemasangan, konfigurasi dan penyelenggaraan sistem penghantaran gentian optik dan gelombang mikro.
Kecekapan dalam sistem Voice over Internet Protocol (VoIP), Session Initiation Protocol (SIP) trunking dan telefoni Internet Protocol (IP).
Keupayaan menggunakan peralatan diagnostik dan pengujian, termasuk penganalisis spektrum, penguji isyarat dan penguji kabel.
Kompetensi dalam perancangan dan pengoptimuman rangkaian Radio Frequency (RF) menggunakan alat perancangan khusus.
Pengetahuan dalam langkah keselamatan rangkaian, termasuk tembok api, sistem pengesanan pencerobohan dan sistem pencegahan pencerobohan.
Pengetahuan dalam protokol rangkaian dan alat pengurusan rangkaian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.