Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2152
Bandingkan
Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan, mereka bentuk dan mengarah fungsian bagi penyelenggaraan dan pembaikan sistem elektronik. Mereka mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk dan proses dalam kejuruteraan elektronik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi nasihat dan mereka bentuk peranti, litar dan sistem elektronik yang digunakan untuk komputer, komunikasi dan sistem kawalan serta aplikasi perindustrian lain.
Mereka bentuk perisian terutamanya embedded software yang digunakan dalam sistem tersebut.
Membangunkan alatan dan prosedur untuk menguji komponen, litar dan sistem elektronik.
Menyelia pemasangan dan pentauliahan sistem komputer dan telekomunikasi, dan memastikan kaedah kawalan dan perlindungan yang betul.
Menetapkan standard dan prosedur kawalan untuk memastikan fungsi dan keselamatan sistem, motor dan kelengkapan elektronik yang berkesan.
Mengesan dan membetulkan kerosakan.
Mengelola dan mengarah penyelenggaraan dan pembaikpulihan sistem, motor, dan kelengkapan elektronik sedia ada.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.