- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
215
Jurutera Elektroteknologi
Kumpulan Unit
2152
Jurutera Elektronik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2152-01
Bandingkan
Jurutera Elektronik mereka bentuk, membangun, menguji dan menyelia pengeluaran dan operasi sistem, komponen dan peralatan elektronik merentasi industri seperti telekomunikasi, sistem kawalan dan pembuatan semikonduktor. Peranan ini mengaplikasikan prinsip kejuruteraan untuk memastikan kefungsian, kebolehpercayaan dan pematuhan dengan piawaian, sambil mengoptimumkan proses, menyelesaikan masalah teknikal dan mengintegrasikan sistem elektronik ke dalam produk. Ia merangkumi penyelidikan dan pembangunan, jaminan kualiti dan pengawasan proses pengujian, fabrikasi dan operasi untuk memastikan penyelesaian elektronik yang cekap, tepat dan berkualiti tinggi.
Tugasan
Mereka bentuk dan membangunkan litar, sistem, instrumentasi dan komponen elektronik untuk pelbagai aplikasi.
Menjalankan simulasi, eksperimen, pengujian, penentukuran dan pengesahan untuk menilai prestasi, kebolehpercayaan dan pematuhan kepada spesifikasi.
Menyelesaikan masalah, menganalisis dan membetulkan kerosakan dalam sistem, komponen dan peralatan elektronik.
Menyediakan dan menyelenggara dokumentasi teknikal, termasuk spesifikasi reka bentuk, lukisan skematik dan laporan ujian.
Menganggarkan keperluan teknikal, kos bahan dan keperluan tenaga kerja bagi projek pembangunan, pengeluaran dan pemasangan.
Menyelia dan memberikan bimbingan teknikal kepada kakitangan yang terlibat dalam pembuatan, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan elektronik.
Menyelia aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan jaminan kualiti bagi sistem, komponen dan produk elektronik siap.
Membangunkan, menambah baik dan mengoptimumkan fabrikasi elektronik atau semikonduktor serta aliran proses dengan mematuhi piawaian alam sekitar, kesihatan dan keselamatan (EHS) serta piawaian industri.
Bekerjasama dengan pasukan rentas fungsi untuk mengintegrasikan sistem elektronik ke dalam produk dan menyokong inovasi teknologi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk penyelesaian masalah,reka bentuk dan pengoptimuman proses.
Kemahiran dalam matematik,fizik dan kaedah statistik untuk analisis yang tepat dan kawalan kualiti.
Kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan pelbagai fungsi dan membentangkan hasil penemuan.
Ketelitian terhadap perincian dan ketepatan dalam mentafsir lukisan teknikal,skematik dan data proses.
Pengurusan masa dan kebolehan pelbagai tugas untuk mengendalikan tugasan kompleks dan memenuhi tarikh akhir dengan cekap.
Khusus
Kecekapan dalam alat automasi reka bentuk elektronik (EDA) dan perisian Computer-Aided Design (CAD) untuk reka bentuk sistem dan papan litar bercetak (PCB).
Kecekapan dalam alat simulasi, pemodelan dan analitik data untuk reka bentuk, analisis dan penambahbaikan proses.
Kecekapan dalam pengujian elektronik, penyahpepijatan dan analisis kegagalan menggunakan osiloskop, multimeter, penganalisis logik dan peralatan ujian automatik.
Kompetensi dalam pengaturcaraan sistem terbenam menggunakan C/C++ bagi mikropengawal dan mikropemproses.
Kompetensi dalam penyelenggaraan dan penentukuran peralatan serta instrumentasi elektronik untuk operasi yang boleh dipercayai.
Pengetahuan dalam fabrikasi semikonduktor dan teknologi proses.
Pengetahuan dalam piawaian industri serta kompetensi dalam pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam persekitaran kejuruteraan elektronik.
Pengetahuan dalam protokol komunikasi, serta pemprosesan isyarat untuk integrasi sistem.
Pengetahuan dalam reka bentuk litar analog dan digital untuk sistem elektronik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.