Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2151-02
Bandingkan
Juruaudit Tenaga Elektrik menilai dan menganalisis penggunaan tenaga dalam bangunan, kemudahan perindustrian dan sistem lain untuk mengenal pasti ketidakcekapan dan peluang untuk penambahbaikan. Mereka mengesyorkan dan menyokong pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga, memastikan pematuhan dengan peraturan dan piawaian yang berkaitan, dan menyediakan laporan untuk menyampaikan dapatan dan penyelesaian kepada pihak berkepentingan, menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan lestari.
Tugasan
Menjalankan audit tenaga di tapak untuk menilai sistem elektrik, peralatan, dan penggunaan tenaga.
Menganalisis bil utiliti dan proses operasi untuk mengenal pasti ketidakcekapan tenaga.
Menggunakan alat pengukuran dan diagnostik khusus untuk menilai prestasi tenaga.
Membangunkan dan mencadangkan strategi serta langkah penjimatan tenaga.
Menyediakan laporan terperinci yang mengandungi penemuan dan cadangan.
Bekerjasama dengan pelanggan untuk melaksanakan pelan pengurusan tenaga.
Memberikan panduan teknikal mengenai penemuan audit, prestasi tenaga, dan langkah penambahbaikan.
Mengenal pasti kerosakan dan ketidakcekapan dalam sistem elektrik, serta mencadangkan tindakan pembetulan.
Mentafsir dan mengaplikasikan spesifikasi, piawaian, dan peraturan berkaitan tenaga bagi peralatan elektrik.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kuat untuk menilai corak penggunaan tenaga.
Kemahiran dalam analisis dan tafsiran data untuk membuat keptusan yang tepat.
Kemahiran dengan alat perisisan audit tenaga untuk penilaian yang menyeluruh.
Kemahiran komunikasi dan pembentangan yang berkesan untuk menyampaikan hasil penemuan dan cadangan.
Ketelitian terhadap perincian dan ketepatan dalam menilai sistem tenaga.
Khusus
Kecekapan dalam menggunakan perisian pemodelan tenaga untuk menilai prestasi.
Kecekapan dalam menjalankan audit tenaga menggunakan peralatan pengukuran dan diagnostik khusus.
Keupayaan untuk menganalisis corak penggunaan tenaga dan prestasi sistem.
Keupayaan untuk menilai sistem mekanikal dan elektrik bagi pengoptimuman tenaga.
Kompetensi dalam membangunkan spesifikasi teknikal bagi penambahbaikan kecekapan tenaga.
Pengetahuan dalam kod tenaga, piawaian, dan pematuhan peraturan.
Pengetahuan dalam pematuhan kesihatan dan keselamatan pekerjaan semasa audit dan penilaian.
Pengetahuan dalam prinsip pengurusan tenaga bagi sistem bangunan dan industri.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.