- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2149
Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi) yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2149-02
Bandingkan
Jurutera Penyelamat Marin bertanggungjawab untuk pemulihan kapal, kargo dan aset marin lain yang rosak atau dalam bahaya dengan selamat dan cekap. Mereka menilai keadaan kapal dan persekitarannya, merancang dan menjalankan operasi penyelamatan menggunakan teknik kejuruteraan marin dan memastikan pematuhan dengan piawaian keselamatan dan alam sekitar antarabangsa. Peranan ini melibatkan penyelarasan dengan penyelam, juruukur, pakar undang-undang dan insurans, mengurus logistik dan menyediakan laporan sambil mengurangkan risiko alam sekitar.
Tugasan
Menilai kapal yang rosak atau dalam bahaya serta keadaan marin sekeliling untuk menentukan keperluan operasi penyelamatan.
Merancang operasi penyelamatan dengan mengambil kira kestabilan kapal, keadaan cuaca, dan risiko alam sekitar.
Memimpin dan menyelaras operasi penyelamatan, termasuk aktiviti menunda, mengangkat, dan menyahair.
Mengendalikan dan menyelia peralatan penyelamatan khusus, serta menyelaras pasukan penyelam dan operasi robot bawah air.
Menilai kerosakan kapal dan menyediakan anggaran kos serta bajet bagi projek penyelamatan.
Menyelia kakitangan penyelamatan dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi sepanjang operasi.
Mengurus logistik dan sumber untuk menyokong pelaksanaan operasi penyelamatan yang cekap dan tepat pada masanya.
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang keselamatan maritim tempatan dan antarabangsa serta peraturan alam sekitar.
Mendokumenkan aktiviti penyelamatan dan menyediakan laporan terperinci untuk pihak berkepentingan dan tujuan insurans.
Mengenal pasti bahaya operasi dan melaksanakan langkah keselamatan pencegahan semasa operasi penyelamatan.
Kemahiran
Asas
Asas yang kukuh dalam kejuruteraan marin,merangkumi stuktur kapal dan peralatan bawah air.
Kemahiran pengurusan projek untuk mengutamakan tugasan dan menepati tarikh akhir yang ketat.
Komunikasi berkesan untuk menyelaras dengan anak kapal,penyelam,juruukur dan pegawai.
Pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah untuk membangunkan pelan penyelamatan yang berkesan.
Pengetahuan tentang undang-undang maritim,piawaian keselamatan dan peraturan alam sekitar.
Khusus
Kecekapan dalam penilaian risiko serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi operasi penyelamatan.
Kecekapan dalam reka bentuk dan penggunaan struktur penyelamatan sementara, termasuk sistem apungan dan pelantar pengangkatan.
Kepakaran dalam teknik penyelamatan marin serta pengendalian kren, pam, dan win.
Keupayaan untuk menilai kestabilan kapal dan integriti struktur bagi menentukan kebolehlaksanaan penyelamatan.
Keupayaan untuk menyelaras dan menyelia penyelam, pengendali kren, dan kakitangan penyelamatan.
Keupayaan untuk merancang dan melaksanakan operasi penyelamatan marin yang kompleks.
Pengetahuan dalam mitigasi risiko alam sekitar dan pematuhan dalam operasi penyelamatan marin.
Pengetahuan dalam pengendalian dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal bagi peralatan penyelamatan.
Pengetahuan dalam sokongan penyelaman dan operasi penyelamatan bawah air.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2149-01
Jurutera Bahan Peletupan
2149-02
Jurutera Penyelamat Marin
2149-03
Jurutera Nuklear
2149-04
Jurutera Kesihatan dan Keselamatan Perindustrian
2149-05
Jurutera Perkhidmatan Lapangan
2149-06
Jurutera Penyelidikan
2149-07
Jurutera Biomedikal
2149-08
Jurutera Optik
2149-09
Jurutera Pemeriksa Jaminan Kualiti/Kawalan Kualiti (QA/QC)
2149-10
Jurutera Komisen
2149-11
Jurutera Nano
2149-12
Jurutera Kejuruteraan Berbantukan Komputer (CAE)
2149-13
Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.