Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2145
Bandingkan
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan membangunkan, mereka bentuk, memberi khidmat nasihat, dan mengarah proses dan pengeluaran kimia berskala komersil bagi pelbagai bahan dan barangan seperti minyak mentah, terbitan petroleum, produk makanan dan minuman, ubat-ubatan atau bahan sintetik, dan mengarah penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji industri, atau mengkaji dan memberi khidmat nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan penyelidikan, memberi khidmat nasihat, membangunkan dan mereka bentuk proses kimia berskala komersil dan kelengkapan untuk menapis minyak mentah dan cecair atau gas lain; dan untuk menghasilkan bahan dan barangan seperti terbitan petroleum, bahan letupan, produk makanan dan minuman, ubat-ubatan, atau bahan sintetik.
Memastikan aspek yang berkaitan bagi pembinaan loji pembuatan kimia.
Menetapkan kaedah pengeluaran, standard bahan dan kualiti, serta memastikan ia mematuhi spesifikasi.
Menetapkan standard kawalan dan prosedur untuk memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar, dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan.
Mengesan dan membetulkan ketidakfungsian.
Mengelola dan memberi nasihat tentang penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan sedia ada.
Mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk, atau proses tertentu.
Mengekalkan hubungan baik dan mengadakan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan.
Menyediakan laporan analisis.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.