- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2144
Jurutera Mekanikal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2144
Bandingkan
Jurutera Mekanikal menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat tentang reka bentuk, dan mengarah pengeluaran mesin, pesawat, kapal, jentera dan kelengkapan dan sistem loji industri; dan memberi nasihat serta mengarah fungsian, penyelenggaraan dan pembaikpulihan, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.
Tugasan
Memberi khidmat nasihat dan mereka bentuk jentera dan perkakas untuk kegunaan industri pembuatan, perlombongan, pembinaan, kerja pertanian dan industri lain.
Memberi nasihat dan mereka bentuk motor stim, motor pembakaran dalaman dan motor bukan elektrik lain serta enjin yang digunakan untuk perejangan landasan lokomotif, kenderaan darat atau pesawat udara, atau untuk pemanduan industri atau jentera lain.
Memberi khidmat nasihat dan mereka bentuk sistem perejangan kapal, loji janakuasa, sistem pemanasan dan pengalihudaraan, peralatan kemudi, pam, dan kelengkapan mekanikal lain.
Memberi nasihat dan mereka bentuk badan kapal dan struktur utama kapal, dan sebagainya.
Memberi khidmat nasihat dan mereka bentuk kerangka pesawat udara, peralatan pendaratan, dan kelengkapan lain untuk pesawat.
Memberi nasihat dan mereka bentuk badan kenderaan darat, sistem gantungan, brek, dan komponen lain.
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem dan kelengkapan pemanasan, pengalihudaraan, penyejukbekuan.
Memberi nasihat dan mereka bentuk loji dan kelengkapan mekanikal untuk pelepasan, kawalan, penggunaan tenaga nuklear.
Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian alat atau produk bukan elektrik seperti pemproses kata, komputer, alat persis, kamera dan projektor, dan sebagainya.
Menetapkan standard dan prosedur kawalan untuk memastikan kefungsian yang cekap, keselamatan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin dan loji industri, kelengkapan, atau sistem.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.