Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2144-07
Bandingkan
Jurutera Aeroangkasa membangunkan, mereka bentuk, dan menguji pesawat, kapal angkasa, peluru berpandu, serta sistem berkaitan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan, prestasi, dan peraturan. Mereka mengoptimumkan kecekapan dan fungsi untuk aplikasi ketenteraan, awam, atau angkasa lepas, dengan terlibat dalam semua fasa projek daripada reka bentuk konsep hingga pembuatan dan pengujian, serta bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin untuk memajukan teknologi aeroangkasa.
Tugasan
Mereka bentuk dan menguji komponen pesawat, kapal angkasa, peluru berpandu, dan sistem berkaitan.
Menyediakan reka bentuk teknikal dan membangunkan prototaip menggunakan perisian Computer-Aided Design (CAD).
Menjalankan simulasi dan ujian tegasan untuk memastikan reka bentuk memenuhi piawaian prestasi.
Bekerjasama dengan jurutera dan juruteknik untuk menambah baik reka bentuk dari segi keselamatan dan kebolehpercayaan.
Membaca dan mentafsir lukisan teknikal, skematik, dan laporan.
Menyelesaikan masalah sistem aeroangkasa sedia ada, menyiasat kegagalan, dan mencadangkan penambahbaikan atau tindakan pembetulan.
Memastikan reka bentuk mematuhi peraturan penerbangan kebangsaan dan antarabangsa.
Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau menambah baik teknologi aeroangkasa.
Kemahiran
Asas
Kebolehan kerja berpasukan dan penyelarasan yang berkesan.
Kemahiran komunikasi yang cemerlang untuk bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin.
Kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis yang kuat.
Pemahaman matematik yang kukuh, termasuk kalkulus dan persamaan pembezaan.
Pengurusan masa yang baik dan ketelitian terhadap peincian untuk menepati tarikh akhir serta memastikan ketepatan reka bentuk.
Khusus
Kecekapan dalam alat simulation dan modelling.
Kecekapan dalam perisian Computer-Aided Design (CAD) untuk reka bentuk dan pembangunan prototaip aeroangkasa.
Pengetahuan dalam aerodynamics, propulsion, dan sistem avionics.
Pengetahuan dalam aplikasi automation dalam pembuatan dan proses pengeluaran aeroangkasa.
Pengetahuan dalam fluid dynamics, thermodynamics, dan materials science untuk aplikasi aeroangkasa.
Pengetahuan dalam kaedah pengujian aeroangkasa dan piawaian kawal selia, termasuk keperluan International Civil Aviation Organization (ICAO) dan Federal Aviation Administration (FAA).
Pengetahuan dalam keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam persekitaran reka bentuk, pengujian, dan pembuatan aeroangkasa.
Pengetahuan dalam prinsip kejuruteraan mekanikal dan elektrik yang berkaitan dengan sistem aeroangkasa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.