Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2144-06
Bandingkan
Juruteknologi Robotik menjalankan penyelidikan, mereka bentuk, membangunkan, dan menyelenggara sistem serta aplikasi robotik merentas pelbagai industri seperti pembuatan, kesihatan, logistik, dan automasi. Mereka mengintegrasikan komponen mekanikal, elektronik, dan perisian bagi memastikan operasi yang cekap, boleh dipercayai, dan selamat, serta menjalankan pengujian, diagnostik, dan pengoptimuman sistem robotik. Hasil kerja mereka menyokong peningkatan produktiviti, ketepatan, dan inovasi dalam persekitaran pengeluaran dan operasi.
Tugasan
Mereka bentuk, membina, mengkonfigurasi, menghasilkan prototaip, dan menguji sistem serta aplikasi robotik bagi memenuhi spesifikasi teknikal.
Membangunkan dan melaksanakan atur cara kawalan robot serta logik pengaturcaraan untuk operasi robotik.
Mengintegrasikan sistem robotik ke dalam persekitaran pengeluaran atau operasi dengan kerjasama jurutera pelbagai disiplin.
Melaksanakan penyelenggaraan, penyelesaian masalah, nyahpepijat, dan pengoptimuman sistem serta atur cara robotik.
Memproses, memantau, dan mentafsir isyarat sensor serta data operasi daripada sistem robotik.
Memberikan sokongan teknikal dan latihan pengguna kepada operator dan pengguna akhir sistem robotik.
Mewujudkan dan menyelenggara salinan sandaran atur cara robot dan parameter sistem.
Mengaplikasikan teknologi robotik baharu yang berkaitan untuk meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan, dan inovasi sistem.
Kemahiran
Asas
Kemahiran pengaturcaraan asas dalam bahasa seperti Python,C++ atau Java.
Kemahiran penyelesaian masalah praktikal untuk mengatasi masalah sistem robotik.
Ketelitian terhadap perincian dalam mereka bentuk,diagnostik dan penyelengaraan.
Pemahaman yang kukuh dalam matematik,fizik dan prinsip-prinsip kejuruteraan.
Pendengaran aktif dan komunikasi yang jelas untuk bekerja secara berkesan dengan pasukan pelbagai disiplin.
Khusus
Kecekapan dalam perisian Computer-Aided Design (CAD) untuk komponen robotik.
Kecekapan dalam reka bentuk dan pengaturcaraan sistem robotik.
Kecekapan dalam sistem kawalan robotik, sensor, dan mekanisme maklum balas.
Keupayaan untuk melaksanakan penaiktarafan sistem robotik, salinan sandaran, dan penyelenggaraan teknikal.
Keupayaan untuk mendiagnosis dan menyelesaikan masalah mekanikal, elektrikal, dan perisian dalam sistem robotik.
Kompetensi dalam perkakasan robot industri dan integrasi automasi.
Kompetensi dalam sistem automasi industri, termasuk Programmable Logic Controllers (PLCs).
Pengetahuan dalam keselamatan tempat kerja dan pematuhan operasi bagi sistem robotik.
Pengetahuan dalam prinsip mekanikal, elektrikal, dan elektronik untuk pembangunan sistem robotik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.