- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2142
Jurutera Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2142-08
Bandingkan
Juruukur Bangunan Gred J9/J10 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, ukur kondisi bangunan (building condition survey), mentaksir risiko bangunan (risk assessment) dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan.
Tajuk Alternatif
Jurutera Kemudahan
Tugasan
Meneliti pelan bangunan dan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Bangunan 1984 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi semua bangunan baru, kerja kecil, dan perubahan bangunan.
Melaksanakan pemeriksaan untuk pengeluaran Perakuan Layak Menduduki (CFO) dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Mengawal bangunan tanpa izin, mengeluarkan notis, menghadiri perbicaraan mahkamah, dan mengurus pembaikan bangunan berbahaya atau gangguan.
Memantau, menyelia, dan merancang kerja-kerja pembinaan di tapak, termasuk penyelenggaraan semua bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
Memberi input dan nasihat tentang keperluan penyelenggaraan bagi bangunan baru, lama, dan dalam proses ubah suai.
Merancang dan melaksanakan penyiasatan khusus untuk menilai masalah kecacatan, kegagalan, kerosakan, atau penyakit bangunan.
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan terancang (berkala) bagi mengukur dan menentukan keadaan bangunan secara keseluruhan, menilai standard penyenggaraan, menentukan beban penyenggaraan serta menyedia laporan dan memberi nasihat.
Merancang, menyelaras, dan melaksanakan pemuliharaan serta pengekalan bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah.
Menjalankan Pemeriksaan Khas Kecacatan Bangunan dan Audit Bangunan (Penilaian Lepas Duduk) serta menyediakan Laporan Dilapidasi Bangunan.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja ukur kondusi serta kerja-kerja penyediaan lukisan terbina dan terukur.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan pandangan dengan baik.
Khusus
Berkebolehan menulis laporan dan kertas kerja.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Berpengalaman dalam bidang kartografi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.