Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2141-16
Bandingkan
Jurutera Bahan menyelidik, membangun dan menilai bahan untuk pelbagai aplikasi perindustrian, termasuk logam, aloi, getah, tekstil, kaca dan bahan kimia. Mereka menganalisis komposisi bahan, menjalankan eksperimen dan ujian serta mengaplikasikan prinsip saintifik dan kejuruteraan untuk meningkatkan prestasi produk, ketahanan, keselamatan dan kecekapan kos. Peranan mereka termasuk pemilihan bahan, analisis kegagalan, jaminan kualiti dan memberi nasihat tentang kitar semula atau penilaian kerosakan, sambil bekerjasama dengan pasukan reka bentuk, pengeluaran dan pembuatan untuk mengoptimumkan bahan untuk aplikasi tertentu.
Tugasan
Mereka bentuk dan mengoptimumkan proses pengeluaran berkaitan bahan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran, dan memaksimumkan penggunaan bahan.
Memilih dan menilai bahan yang sesuai untuk produk dan aplikasi pembuatan.
Menjalankan ujian dan analisis bahan, termasuk kekuatan, ketahanan, rintangan kakisan, penyiasatan kegagalan, serta mentafsir keputusan untuk menyokong pemilihan dan penambahbaikan bahan.
Membangunkan dan melaksanakan penambahbaikan proses, penaiktarafan teknologi, dan langkah kawalan kualiti untuk meningkatkan prestasi dan kebolehpercayaan bahan.
Bekerjasama dengan pasukan reka bentuk, pengeluaran, pembuatan, dan pelbagai disiplin untuk memastikan kesesuaian dan prestasi bahan bagi aplikasi tertentu.
Menyediakan laporan teknikal, dokumentasi, dan analisis kos berkaitan prestasi bahan, hasil ujian, dan cadangan penambahbaikan.
Memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan, kualiti, dan alam sekitar dalam aktiviti dan proses kejuruteraan bahan.
Memberi nasihat tentang kegagalan bahan, penilaian kerosakan, kitar semula, dan pertimbangan kemampanan.
Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk menambah baik bahan sedia ada dan membangunkan bahan baharu bagi aplikasi perindustrian.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secrara kolaboratif dalam pasukan serta mengurus pelbagai projek dengan cekap.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk mentafsir data eksperimen dan ujian dengan tepat.
Kemahiran dalam penggunaan peralatan makmal serta pematuhan terhadap protokol keselamatan.
Kemahiran komunikasi yang berkesan ,sama ada secara bertulis atau lisan,untuk melaporkan keputusan dan kerjasama dengan pasukan.
Pemikiran kritikal dan perhatian terhadap perincian dalam menilai prestasi dan pengendalian bahan.
Khusus
Keakraban dengan piawaian industri dan protokol pengujian bagi tujuan kualiti dan pematuhan.
Kecekapan dalam teknik pencirian dan pengujian bahan termaju, ujian mekanikal, pengendalian peralatan ujian, dan tafsiran data ujian.
Kepakaran dalam penyiasatan kegagalan dan analisis punca akar untuk mencadangkan tindakan pembetulan dan meningkatkan prestasi bahan.
Keupayaan untuk menganalisis dan mentafsir data ujian bahan bagi penilaian kualiti dan penambahbaikan prestasi.
Keupayaan untuk menjalankan penilaian prestasi bahan, termasuk analisis kakisan, keletihan, rayapan, impak, dan kegagalan.
Pengetahuan tentang amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal bahan dan persekitaran kejuruteraan.
Pengetahuan tentang proses pembuatan dan metalurgi, termasuk rawatan haba, kimpalan, dan tuangan.
Pengetahuan tentang sifat bahan, prinsip metalurgi, dan pemilihan bahan bagi persekitaran operasi yang berbeza.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.