- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2141
Jurutera Industri dan Pengeluaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2141-14
Bandingkan
Jurutera Persekitaran merancang, mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian untuk mengurus sumber alam sekitar dan mengurangkan pencemaran. Mereka mengintegrasikan amalan lestari ke dalam projek, membangunkan sistem untuk pengurusan sisa dan kawalan pencemaran, menilai impak alam sekitar, memastikan pematuhan peraturan dan bekerjasama dengan industri dan agensi kerajaan untuk memelihara sumber asli dan menyokong perlindungan alam sekitar.
Tugasan
Menjalankan penilaian impak alam sekitar dan penilaian tapak.
Mereka bentuk dan melaksanakan sistem kawalan pencemaran dan pengurusan sisa.
Memantau kualiti udara, air dan tanah untuk menilai keadaan alam sekitar serta memastikan pematuhan kepada standard.
Memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan alam sekitar.
Menyediakan laporan teknikal dan mengemukakan cadangan berkaitan perlindungan alam sekitar dan pengurusan sumber.
Bekerjasama dengan industri, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam inisiatif kelestarian dan alam sekitar.
Membangunkan dan melaksanakan penambahbaikan proses alam sekitar serta peningkatan teknologi untuk mengurangkan pencemaran dan menyokong amalan lestari.
Mereka bentuk dan menambah baik sistem serta proses untuk memaksimumkan kecekapan sumber dan meminimumkan sisa.
Melatih kakitangan mengenai prosedur dan sistem alam sekitar serta menyediakan bahan panduan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan komunikasi dan penulisan laporan yang baik.
Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan secara kolaboratif dalam satu pasukan.
Kemahiran analisis dan pemahaman yang kukuh.
Kemahiran mendengar secara aktif dan memahami bacaan.
Pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan alam sekitar.
Khusus
Kecekapan dalam mengintegrasikan teknologi automasi dalam sistem pemantauan dan kawalan alam sekitar.
Kecekapan dalam mereka bentuk dan melaksanakan teknologi kawalan pencemaran serta perlindungan alam sekitar.
Kecekapan dalam pemodelan alam sekitar, alat penilaian dan analisis sistem untuk penilaian impak alam sekitar.
Kecekapan dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan sistem pengurusan data untuk pemantauan dan analisis alam sekitar.
Keupayaan untuk mentafsir data saintifik dan alam sekitar serta menyediakan laporan dan dokumentasi teknikal alam sekitar.
Pengetahuan dalam pengaplikasian prinsip kejuruteraan kepada sistem dan infrastruktur alam sekitar.
Pengetahuan dalam standard keselamatan, kesihatan dan pematuhan alam sekitar di tempat kerja.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2141-01
Jurutera Automasi
2141-02
Jurutera Robotik
2141-03
Jurutera Perindustrian
2141-04
Juruanalisis Komunikasi
2141-05
Jurutera Sistem (kecuali Komputer)
2141-06
Jurutera Pereka Sistem (kecuali Komputer)
2141-07
Jurutera Penilaian Kos
2141-08
Ahli Teknologi Perindustrian dan Pengeluaran
2141-09
Ahli Teknologi Seramik
2141-10
Jurutera Fotonik
2141-11
Jurutera SCADA
2141-12
Jurutera Tenaga
2141-13
Jurutera Tenaga Baharu
2141-14
Jurutera Persekitaran
2141-15
Juruaudit Tenaga
2141-16
Jurutera Bahan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.