Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2141-13
Bandingkan
Jurutera Tenaga Baharu menyelidik, mereka bentuk dan melaksanakan sistem untuk menjana tenaga daripada sumber boleh diperbaharui seperti solar, angin, hidro dan biojisim. Mereka memberi tumpuan kepada pengoptimuman pengeluaran tenaga, meningkatkan kecekapan sistem dan meminimumkan impak alam sekitar sambil memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan alam sekitar. Kerja mereka menyokong inisiatif tenaga lestari dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon.
Tugasan
Menjalankan penilaian tapak dan kajian kebolehlaksanaan bagi projek tenaga boleh diperbaharui.
Membangunkan dan melaksanakan penambahbaikan teknikal serta peningkatan teknologi untuk meningkatkan kecekapan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan prestasi sistem.
Mereka bentuk, menguji, dan melaksanakan sistem serta komponen tenaga boleh diperbaharui.
Bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin untuk mengoptimumkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan integrasi sistem.
Menyediakan spesifikasi teknikal, senarai bahan dan peralatan, serta analisis kos bagi projek tenaga boleh diperbaharui.
Memantau prestasi sistem tenaga boleh diperbaharui, menyelesaikan masalah, dan mengoptimumkan operasi.
Membangunkan piawaian reka bentuk, teknikal, dan operasi bagi sistem tenaga boleh diperbaharui bersama pengurusan dan personel berkaitan.
Menyediakan dokumentasi teknikal, laporan sistem, dan dapatan projek bagi projek tenaga boleh diperbaharui.
Memastikan projek tenaga boleh diperbaharui mematuhi piawaian kawal selia, keselamatan, dan alam sekitar.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mentafsir data teknikal serta melaksanakan penilaian terperinci.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh.
Kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan.
Kepakaran dalam pengurusan projek dengan pengetahuan tentang prinsip kelestarian.
Pemikiran kritis dan mendengar secara aktif.
Khusus
Kecekapan dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti kejuruteraan tenaga boleh diperbaharui.
Kecekapan dalam analisis teknikal dan penilaian sistem bagi perancangan projek tenaga boleh diperbaharui dan penambahbaikan prestasi.
Kemahiran dalam perisian reka bentuk dan simulasi kejuruteraan untuk pemodelan dan pengoptimuman sistem.
Keupayaan untuk mereka bentuk dan mengintegrasikan sistem penyimpanan tenaga serta penyelesaian sambungan grid bagi pemasangan tenaga boleh diperbaharui.
Pengetahuan dalam keperluan penilaian impak alam sekitar dan pematuhan kawal selia bagi projek tenaga boleh diperbaharui.
Pengetahuan dalam prinsip mekanikal dan automasi yang diaplikasikan kepada sistem tenaga boleh diperbaharui.
Pengetahuan dalam reka bentuk dan penilaian sistem tenaga boleh diperbaharui bagi teknologi solar fotovolta, angin, biojisim, dan hidroelektrik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.