- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit
2133
Profesional Perlindungan Alam Sekitar
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2133
Bandingkan
Profesional Perlindungan Alam Sekitar
Profesional Perlindungan Alam Sekitar mengkaji dan menilai kesan ke atas persekitaran aktiviti manusia seperti pencemaran udara, air dan bunyi, pencemaran tanah, perubahan iklim, sisa toksik dan kemerosotan serta degradasi sumber asli. Mereka membangunkan rancangan dan penyelesaian untuk melindungi, memelihara, memulihara, dan meminimumkan serta mencegah kerosakan berterusan ke atas alam sekitar.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan di dalam makmal dan di lapangan untuk meningkatkan pengetahuan saintifik mengenai organisma hidup, untuk mendapatkan maklumat baru, untuk menguji hipotesis, untuk menyelesaikan masalah dalam bidang seperti alam sekitar, pertanian, dan kesihatan, dan membangunkan produk, proses, dan teknik baru untuk digunakan dalam farmaseutikal, pertanian, dan alam sekitar.
Mengumpulkan data dan spesimen manusia, haiwan, serangga dan tumbuhan dan mengkaji asal- usulnya, perkembangannya, bentuk kimia dan fiziknya, strukturnya, komposisinya, serta proses kehidupan dan pembiakannya.
Mengkaji organisma hidup dengan menggunakan pelbagai kelengkapan, instrumen, teknologi dan teknik terkhusus seperti mikroskop elektron, telemetri, sistem pengagihan global, bioteknologi, pengimejan satelit, kejuruteraan genetik, analisis pengimejan digital, reaksi rantai polimerase (PCR), dan pemodelan komputer.
Mengenal pasti, mengelas, merakam dan memantau organisma hidup, dan menyelenggara pangkalan data.
Menulis kertas kerja dan laporan saintifik yang memperincikan penyelidikan dan sebarang penemuan baru yang akan diteliti dan diperbahaskan secara lanjut oleh komuniti saintifik dalam jurnal sains atau dalam persidangan.
Mereka bentuk dan menjalankan penilaian impak alam sekitar untuk mengenal pasti perubahan yang disebabkan oleh faktor semula jadi atau manusia.
Memberi maklumat kepada pihak kerajaan, organisasi, dan perniagaan dalam bidang seperti pemuliharaan, pengurusan sumber asli, kesan perubahan iklim, dan pencemaran.
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2133-01
Ahli Agronomi
2133-02
Ahli Sains Pertanian
2133-03
Ahli Florikultur
2133-04
Ahli Hortikultur/Ahli Arboris
2133-05
Juruanalisis Kayu
2133-06
Ahli Sains Haiwan
2133-07
Ahli Sains Penyelidikan Alam Sekitar
2133-08
Pegawai Pemulihara
2133-09
Perunding Alam Sekitar
2133-10
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.