Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2132-01
Bandingkan
Pegawai Pertanian mengkaji dan memberikan nasihat pakar tentang pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, meliputi penanaman, pembajaan, penuaian, kesihatan tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, penggiliran tanaman dan pemasaran. Mereka membangun dan melaksanakan teknik, rancangan dan dasar untuk meningkatkan produktiviti, memastikan amalan lestari dan mematuhi peraturan. Pegawai ini juga menyelia operasi pertanian, menyediakan panduan teknikal kepada petani dan perniagaan, mengurus sumber dan kakitangan serta menyelaras dengan pihak berkepentingan untuk menyokong pengeluaran pertanian yang cekap dan lestari.
Tajuk Alternatif
Penasihat Penanaman
Eksekutif Ladang Pertanian
Eksekutif Perladangan
Tugasan
Merancang, menyelaras, dan menyelia aktiviti pertanian atau perladangan bagi memastikan operasi yang produktif dan lestari.
Memberi nasihat kepada petani dan pengusaha ladang mengenai amalan pengurusan tanaman untuk meningkatkan hasil, kualiti, dan kecekapan.
Menjalankan pemeriksaan ladang dan tapak bagi mengenal pasti isu seperti hakisan tanah, serangan perosak, penyakit tanaman, dan risiko alam sekitar.
Mencadangkan dan melaksanakan kawalan perosak, pembajaan, pengairan, dan amalan pengurusan tanaman lain yang sesuai.
Mengumpul, menganalisis, dan mentafsir data pertanian untuk menyokong perancangan, penyelidikan, dan pembuatan keputusan.
Melaksanakan dan memantau program pertanian kerajaan, dasar, dan pematuhan kawal selia.
Menganjurkan demonstrasi, sesi latihan, dan aktiviti pengembangan untuk mempromosikan teknik dan teknologi pertanian yang lebih baik.
Mengaplikasikan prinsip saintifik dan teknikal untuk mendiagnosis serta menyelesaikan masalah dalam aktiviti pertanian, perhutanan, dan perikanan.
Menyelaras dengan pihak berkepentingan, agensi, dan komuniti untuk menyokong pembangunan pertanian lestari dan pengurusan sumber.
Menyelia dan membimbing pekerja lapangan serta mengurus sumber yang diperlukan untuk operasi pertanian atau perladangan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh.
Kemahiran organisasi,pengurusan masa serta kebolehan bekerja secara berdikari atau dalam pasukan.
Membuat keputusan serta memantau aktiviti.
Pemikiran kritis,pemikiran analitikal dan penyelesaian masalah.
Pengurusan dan penyeliaan sumber tenaga kerja.
Khusus
Kecekapan dalam analisis data pertanian, pelaporan, dan sokongan pembuatan keputusan.
Kecekapan dalam perisian pengurusan ladang dan perancangan perladangan.
Pengetahuan dalam amalan pertanian dan agronomi, termasuk pengeluaran tanaman, pengurusan tanah, pembajaan, dan pencegahan penyakit.
Pengetahuan dalam amalan pertanian lestari dan pemantauan pematuhan alam sekitar.
Pengetahuan dalam kaedah penyelidikan pertanian, analisis saintifik, dan pentafsiran data.
Pengetahuan dalam pemasaran pertanian dan trend pasaran untuk menyokong keputusan pengeluaran dan pengurusan.
Pengetahuan dalam penilaian tanah, air, perosak, dan penyakit bagi pengeluaran pertanian.
Pengetahuan dalam perancangan projek pertanian, anggaran kos, dan peruntukan sumber.
Pengetahuan dalam peraturan dan piawaian pertanian tempatan dan antarabangsa, termasuk kebersihan dan keselamatan makanan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.