- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2131
Bandingkan
Profesional Biologi, Botani, Zoologi dan Profesional Berkaitan
Profesional Biologi, Botani, Zoologi dan Profesional Berkaitan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, serta mengkaji organisma hidup dan interaksinya antara satu sama lain dan dengan alam sekitar, dan menggunakan pengetahuan ini untuk menyelesaikan masalah kesihatan manusia dan alam sekitar. Mereka bekerja dalam pelbagai bidang seperti botani, zoologi, ekologi, biologi marin, genetik, imunologi, farmakologi, toksikologi, fisiologi, bakteriologi dan virologi.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi dalam bidang yang berkaitan.
Menjalankan uji kaji lapangan dan makmal berhubung dengan semua bentuk hidupan dengan mengenal pasti dan mengelaskan manusia, haiwan, serangga atau spesimen tumbuhan, dan mengkaji asal-usulnya, perkembangannya, bentuk kimia dan fiziknya, strukturnya, komposisinya serta kehidupan dan proses pembiakannya.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan struktur, pembangunan dan ciri mikroorganisma seperti bakteria atau virus.
Mengkaji semua bentuk hidupan tumbuhan/ haiwan dan membangunkan aplikasi praktikal dalam bidang seperti pertanian dan perubatan.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan struktur dan fungsi sel hidup dan pengaruh faktor fizik dan kimia ke atas sel normal dan abnormal.
Mengkaji saling hubungan hidupan haiwan dan tumbuhan dengan faktor alam sekitar yang terlibat dan memberi nasihat profesional dengan disiplin yang berkaitan.
Membangunkan aplikasi industri, perubatan, dan lain-lain aplikasi pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
Menyediakan laporan makmal dan kertas kerja saintifik.
Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta membuat kawalan, penyelidikan dan penyusunan hidupan liar.
Meningkatkan kefahaman, menyelaras dan melatih juruteknik makmal.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.