- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2131-05
Bandingkan
Ahli Botani mengkaji dan menyelidik tumbuhan, termasuk struktur, sifat, pertumbuhan, pembiakan dan interaksinya dengan alam sekitar. Mereka menjalankan pemerhatian lapangan, eksperimen dan analisis untuk memahami kesihatan tumbuhan, mengenal pasti penyakit dan menyokong aplikasi dalam pertanian, pemuliharaan, bioteknologi dan pengurusan alam sekitar.
Tugasan
Menyelidik dan mengkaji hidupan tumbuhan, termasuk pertumbuhan, perkembangan, anatomi, fungsi dan genetik.
Mengumpul, menyediakan dan menganalisis sampel tumbuhan dari persekitaran lapangan dan makmal.
Mengenal pasti spesies tumbuhan dan memantau faktor persekitaran yang mempengaruhi kesihatan tumbuhan.
Menyiasat penyakit tumbuhan dan memberikan nasihat saintifik mengenai pengurusan kesihatan tumbuhan.
Menjalankan eksperimen berkaitan pertumbuhan, perkembangan dan pemuliharaan tumbuhan.
Menganalisis tanah, iklim dan faktor persekitaran lain yang mempengaruhi tumbuhan.
Menyediakan laporan teknikal dan saintifik mengenai kajian, eksperimen dan penemuan berkaitan tumbuhan.
Memberikan nasihat kepada pihak berkepentingan mengenai kesihatan tumbuhan, pemuliharaan, bioteknologi dan pengurusan alam sekitar.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menjalankan penyelidikan secara bebas atau kolaboratif dalam makmal dan kerja lapangan.
Komunikasi bertulis dan lisan yang mantap.
Pemikiran analitikal dan penyelesaian masalah.
Pemikiran kritis dan pendengaran aktif.
Perhatian terhadap perincian dan kemahiran pemerhatian.
Khusus
Kemahiran dalam menganalisis dan mentafsir data saintifik menggunakan perisian.
Kemahiran dalam mengendalikan dan menyelenggara instrumen makmal dan saintifik.
Kemahiran dalam prosedur makmal termasuk pengekstrakan Asid Deoksiribonukleik (DNA), kromatografi, mikroskopi dan teknik diagnostik lain.
Kemahiran dalam survei lapangan, analisis tanah dan penilaian pemuliharaan.
Pengetahuan dalam fisiologi tumbuhan, biokimia, genetik dan patologi.
Pengetahuan dalam metodologi penyelidikan dan pembangunan, termasuk reka bentuk eksperimen dan penyimpanan rekod saintifik.
Pengetahuan dalam pemantauan penyakit tumbuhan, diagnosis dan prinsip kawalan.
Pengetahuan dalam pengenalpastian dan pengelasan tumbuhan menggunakan teknik botani.
Pengetahuan dalam pengurusan kualiti dan pematuhan kepada piawaian kesihatan tumbuhan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.