- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
212
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Kumpulan Unit
2121
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2121-04
Bandingkan
Ahli Metrologi mengkaji dan mengaplikasikan sains pengukuran, membangunkan sistem, kaedah, unit dan alat untuk memastikan pengukuran yang tepat dan jitu. Mereka menyelenggara dan melaksanakan piawaian penentukuran, menyokong kawalan kualiti, pematuhan peraturan dan penyelidikan merentasi pelbagai industri.
Tugasan
Membangun dan mengaplikasikan sistem serta kaedah pengukuran bagi sifat fizikal seperti kelajuan, tenaga, daya, panjang, isipadu, dan luas.
Menjalankan penyelidikan saintifik untuk menilai dan menambah baik kaedah pengukuran.
Membangunkan, mendokumenkan, dan melaksanakan prosedur penentukuran bagi instrumen.
Melaksanakan penentukuran, pengesahan, dan pengujian instrumen pengukuran.
Menganalisis dan mentafsir data pengukuran bagi ketepatan, konsistensi, dan pematuhan.
Menyediakan laporan teknikal dan penentukuran berdasarkan hasil pengukuran.
Mengekalkan kebolehkesanan pengukuran kepada piawaian kebangsaan dan antarabangsa.
Memberi nasihat mengenai isu teknikal berkaitan sistem pengukuran dan instrumentasi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks.
Kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan.
Pemikiran kritis dan penaakulan analitikal.
Perhatian yang tinggi terhadap perincian dan ketepatan.
Khusus
Kecekapan dalam penentukuran instrumen dan penilaian ketidakpastian pengukuran.
Kecekapan dalam penggunaan perisian metrologi dan peralatan penentukuran.
Kecekapan dalam penyediaan laporan teknikal dan dokumentasi penentukuran.
Kecekapan dalam teknik analisis untuk mentafsir data pengukuran.
Pengetahuan tentang piawaian International Organization for Standardization/International Electrotechnical Commission (ISO/IEC) 17025 dan piawaian metrologi lain yang berkaitan.
Pengetahuan tentang teknik pengukuran dimensi, elektrik, dan terma.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.