- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2114
Ahli Geologi dan Geofizik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2114
Bandingkan
Ahli Geologi dan Geofizik
Ahli Geologi dan Geofizik menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau menggunakan pengetahuan saintifik dalam bidang geologi dan geofizik seperti minyak, gas dan penggunaan mineral, pemuliharaan air, kejuruteraan awam, telekomunikasi dan pelayaran, serta membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
Tugasan
Mengendalikan penyelidikan dan analisis logam, punca logam, tanah liat, batuan dan galian serta unsur-unsur utama berkaitan dengannya serta mengendalikan kawalan kualiti untuk semua industri- industri rekaan bahan-bahan batuan dan galian di samping melatih pembantu-pembantu makmal.
Menjalankan penyelidikan dan penyiasatan kaji bumi, pemetaan dan kajian kejuruteraan kaji bumi dan punca air serta memberikan perkhidmatan perundingan mengenai penggunaan dan kemajuan tanah.
Bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran dan penguatkuasaan ke atas lombong-lombong.
Mengkaji komposisi dan struktur kerak bumi, memeriksa batuan, mineral, tinggalan fosil dan sebagainya untuk menentukan proses yang menjejaskan perkembangan bumi, mengesan evolusi, dan memastikan sifat dan kronologi pembentukan geologi.
Mentafsir data penyelidikan dan menyediakan laporan peta, carta dan gambar rajah geologi.
Menggunakan hasil penyelidikan untuk menilai potensi perkembangan mendapan mineral, gas minyak serta sumber air bawah tanah.
Menggunakan pengetahuan geologi bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam projek kejuruteraan awam seperti pembinaan empangan, jambatan, terowong dan bangunan besar.
Menyiasat dan mengukur daya seismos, graviti, elektrik, termal dan magnetik yang menjejaskan bumi.
Menyiasat dan mengukur fenomena optik dan akustik dalam atmosfera.
Menyediakan carta medan magnet bumi dan menggunakannya dan data lain yang dikumpulkan untuk tujuan penyiaran dan pandu arah.
Mengkaji dan mengukur sifat fizik laut dan atmosfera serta saling perkaitannya seperti pertukaran tenaga terma.
Mengesan dan menentukan sifat dan tahap mendapan minyak, gas dan mineral serta sumber air bawah tanah menggunakan kaedah seismologi, gravimetrik, magnetik, elektrik atau radiometrik.
Menyediakan laporan makmal dan dokumen saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja .
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.