Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2113-01
Bandingkan
Ahli Kimia menjalankan penyelidikan makmal untuk menganalisis komposisi kimia dan sifat bahan. Mereka menggunakan dapatan untuk menyokong pembangunan produk, menambah baik proses perindustrian, memastikan kawalan kualiti dan memajukan penyelidikan saintifik, sambil mengekalkan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan peraturan.
Tajuk Alternatif
Basin Modeller
Pakar Kompos Biodinamik
Ahli Petrofizik
Pakar Pengkarbonan
Pakar Penyaduran Nikel
Stratigrapher Seismik
Eksekutif Ahli Kimia
Pakar Pemeluwapan
Paleo dan Biotratigrapher
Ahli Sedimentologi
Pakar Penganodan
Ahli Kimia (Plastik)
Ahli Kimia (Cat)
Ahli Kimia (Getah)
Ahli Kimia (Farmaseutikal)
Ahli Kimia (Kawalan Kualiti)
Ahli Kimia (Analisis)
Ahli Kimia (Penulenan Air)
Ahli Kimia (Kakisan)
Ahli Kimia (Kristalografi)
Ahli Kimia (Bahan Cuci)
Ahli Kimia (Petroleum)
Ahli Kimia (Pewarna)
Ahi Kimia (Fizik)
Ahli Kimia (Polimer)
Ahli Kimia (Makanan)
Ahli Kimia (Pembangunan dan Penyelidikan)
Ahli Kimia (Kaca)
Ahli Kimia (Tekstil)
Ahli Kimia (Perindustrian)
Ahli Kimia (Bukan Organik)
Ahli Kimia (Barangan Kulit)
Ahli Kimia (Kaji Logam)
Ahli Kimia (Nuklear)
Ahli Kimia (Organik)
Ahli Kimia (Jaminan Kualiti)
Tugasan
Menganalisis komposisi kimia dan sifat bahan organik dan bukan organik.
Menjalankan eksperimen dan ujian makmal untuk mengkaji sifat dan tindak balas kimia.
Menyediakan dan menguji larutan serta sebatian kimia bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, dan kawalan kualiti.
Menjalankan analisis makmal untuk menyokong penyelidikan saintifik, pembangunan produk, dan penambahbaikan proses perindustrian.
Mentafsir, merekod, dan melaporkan keputusan eksperimen serta ujian dengan tepat.
Menilai dapatan eksperimen dan membuat kesimpulan untuk menyokong objektif penyelidikan dan operasi.
Menyelenggara peralatan dan prosedur makmal mengikut keperluan keselamatan dan peraturan.
Memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan, kesihatan, alam sekitar, dan peraturan yang berkaitan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komputer asas untuk pengendalian dan pelaporan data.
Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan.
Pemikiran kritis dan analisis logik.
Perhatian yang tinggi terhadap perincian dan ketepatan.
Khusus
Kemahiran dalam analisis punca akar untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu berkaitan makmal dan proses.
Kemahiran dalam analisis statistik dan pentafsiran data makmal untuk menyokong hasil penyelidikan dan pengujian.
Kemahiran dalam mengendalikan dan menyelenggara instrumen makmal untuk analisis kimia.
Kemahiran dalam penyiasatan saintifik, termasuk pembangunan dan pengesahan kaedah.
Pengetahuan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk menambah baik proses, produk, atau metodologi kimia.
Pengetahuan dalam analisis instrumental, ujian ketepatan, dan aktiviti penentukuran makmal.
Pengetahuan dalam menyediakan, melaksanakan, dan mematuhi Standard Operating Procedures (SOPs) dalam operasi makmal.
Pengetahuan dalam piawaian jaminan kualiti dan kawalan kualiti, termasuk keperluan Good Manufacturing Practice (GMP) dan dokumentasi International Organization for Standardization (ISO).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.