Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1511-01
Bandingkan
Ketua Pegawai Maklumat/Ketua Pegawai Data/Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat menerajui dan mengarah strategi teknologi dan maklumat organisasi, memastikan penjajaran dengan objektif perniagaan. Mereka menyelia infrastruktur IT, seni bina sistem, pengurusan data, analitik dan keselamatan maklumat, mewujudkan dasar, tadbir urus dan kawalan risiko untuk melindungi aset dan memastikan pematuhan peraturan. Mereka memacu transformasi digital, inovasi dan pembuatan keputusan berasaskan data, mengurus bajet IT dan data serta menyediakan panduan strategik kepada kepimpinan eksekutif mengenai pelaburan teknologi dan trend baru muncul.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan strategi teknologi maklumat, data, dan keselamatan maklumat di peringkat perusahaan yang selaras dengan objektif korporat.
Memimpin inisiatif transformasi digital dan inovasi untuk meningkatkan prestasi organisasi.
Menyelia operasi teknologi maklumat termasuk sistem, aplikasi, pemprosesan data, komunikasi, dan infrastruktur keselamatan.
Mewujudkan dan mengekalkan rangka kerja tadbir urus data untuk memastikan kualiti data, keselamatan, dan pematuhan terhadap keperluan peraturan.
Merancang dan mengurus bajet bagi pelaburan teknologi maklumat, data, dan keselamatan termasuk pengoptimuman kos dan penilaian pulangan pelaburan.
Menjalankan penilaian risiko dan menyelia pemantauan keselamatan maklumat, tindak balas insiden, dan strategi pemulihan.
Bekerjasama dengan unit perniagaan dan kepimpinan atasan untuk menyelaraskan penyelesaian teknologi maklumat dan data dengan matlamat strategik.
Menyelia inisiatif analitik, pelaporan, dan kecerdasan perniagaan bagi menyokong pembuatan keputusan berasaskan data.
Mengurus hubungan dengan pembekal, penyedia perkhidmatan, dan pihak berkepentingan untuk memastikan pelaksanaan penyelesaian teknologi maklumat dan data yang berkesan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan serta memimpin pasukan silang fungsi.
Kemahiran pemikiran analitik dan pembuatan keputusan berasaskan bukti bagi menangani isu teknikal dan perniagaan yang kompleks.
Kepimpinan strategik dan perancangan untuk menyelaraskan fungsi maklumat, data dan keselamatan dengan matlamat organisasi.
Kesedaran terhadap tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan bagi menyokong keperluan peraturan dan organisasi.
Ketajaman perniagaan dan kewangan, termasuklah pengurusan bajet serta pemahaman tentang operasi perusahaan.
Khusus
Pengetahuan mengenai pengurusan pembekal dan tadbir urus kontrak teknologi maklumat.
Pengetahuan mengenai perlindungan data, kualiti data, dan rangka kerja pengurusan data induk.
Pengetahuan mengenai rangka kerja tadbir urus teknologi maklumat dan piawaian pematuhan termasuk COBIT, Information Technology Infrastructure Library (ITIL), ISO 27001, General Data Protection Regulation (GDPR), dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Pengetahuan mengenai strategi keselamatan siber, pengurusan risiko, dan rangka kerja tindak balas insiden.
Pengetahuan mengenai strategi teknologi maklumat, sistem perusahaan, dan rangka kerja pengkomputeran awan.
Pengetahuan mengenai tadbir urus data, analitik, serta aplikasi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin.
Pengetahuan mengenai transformasi digital dan penjajaran strategi teknologi maklumat dengan objektif perniagaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.