Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1421
Bandingkan
Pengurus Perdagangan Runcit dan Borong
Pengurus Perdagangan Runcit dan Borong merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi bagi pertubuhan yang menjual barangan secara runcit atau borong.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh perusahaan.
Memformulasi dan melaksanakan dasar pembelian dan pemasaran, dan menentukan harga.
Mempromosi dan mengiklankan barangan dan perkhidmatan perusahaan.
Memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota perdagangan dipenuhi.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Mengawal perbelanjaan.
Menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.