Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1324
Bandingkan
Pengurus Bekalan, Pengagihan, dan yang Berkaitan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras bekalan, pengangkutan, penyimpanan dan pengedaran barang.
Tugasan
Menentukan, melaksanakan dan memantau strategi, dasar dan perancangan pembelian, penyimpanan, dan penyediaan barangan.
Menyediakan perancangan bagi memastikan stok yang diperlukan adalah mencukupi dengan kos yang minimum.
Merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang.
Memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi.
Mengendalikan sistem perekodan untuk melihat pergerakan barangan dan memastikan re-ordering dan re-stocking pada masa yang optimal.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Mengawal perbelanjaan dan menyediakan anggaran bajet.
Memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan.
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain.
Menyelaras dan mengawal kitaran pesanan dan sistem maklumat yang berkaitan.
Menganalisis data untuk memantau prestasi dan merancang penambahbaikan.
Mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan kontrak baru, menganalisis masalah logistik, dan mencari penyelesaian.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.