- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
13
Pengurus Pengeluaran dan Pembuatan
Kumpulan Unit
1324
Pengurus Bekalan, Pengagihan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1324-02
Bandingkan
Pengurus Pengangkutan merancang, mengarah dan menyelia semua operasi pengangkutan dalam sesebuah organisasi, memastikan pergerakan barangan, perkhidmatan dan kakitangan yang cekap, selamat dan mematuhi peraturan. Peranan ini melibatkan pengurusan armada kenderaan, menyelaras logistik, merancang laluan, mengoptimumkan sumber, menyelia pemandu dan kakitangan serta berhubung dengan pembekal, pelanggan dan pihak berkuasa kawal selia. Pengurus Pengangkutan juga membangunkan strategi, memantau prestasi operasi dan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kecekapan, mengawal kos dan mengekalkan piawaian perkhidmatan.
Tugasan
Merancang, melaksanakan, dan memantau dasar, strategi, dan penggunaan sumber pengangkutan bagi memastikan kecekapan operasi.
Menyelia operasi harian pengangkutan dan logistik bagi memastikan penghantaran barangan tepat pada masanya, selamat, dan kos efektif.
Mengurus dan mengoptimumkan penyelenggaraan armada serta penjadualan pemandu bagi memastikan keselamatan kenderaan dan pematuhan peraturan.
Membangunkan dan menyelia laluan serta jadual penghantaran untuk memaksimumkan kecekapan operasi.
Menyelia kakitangan pengangkutan termasuk latihan, pemantauan prestasi, dan penetapan sasaran.
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang pengangkutan, piawaian keselamatan, dan peraturan alam sekitar.
Merunding dengan pembekal dan penyedia perkhidmatan untuk menyokong operasi pengangkutan dan logistik.
Mengurus bajet pengangkutan dan menganalisis laporan kewangan bagi meningkatkan kecekapan kos.
Menilai data pengangkutan dan menyediakan laporan mengenai prestasi operasi dan kualiti perkhidmatan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran asas pengurusan kewangan dan kos untuk mengurus bajet serta mengawal kos operasi.
Kemahiran kepimpinan dan membuat keputusan untuk mengurus pasukan serta memberi tindak balas dengan berkesan dibawah tekanan.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang jelas untuk berhubung dengan kakitangan, pembekal dan pelanggan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang kukuh untuk merancang, menyelaras dan memantau operasi pengangkutan.
Kemahiran penyelesaian masalah bagi menangani isu pengangkutan, operasi dan penghantaran.
Khusus
Kecekapan dalam perisian pengurusan logistik dan pengangkutan untuk perancangan laluan, penjejakan, dan pengoptimuman.
Pengetahuan mengenai analisis data pengangkutan untuk kecekapan operasi dan kawalan kos.
Pengetahuan mengenai operasi pengangkutan dan logistik termasuk pengurusan armada dan proses pengedaran.
Pengetahuan mengenai pengurusan inventori dan proses rantaian bekalan berkaitan operasi pengangkutan.
Pengetahuan mengenai pengurusan risiko dalam operasi pengangkutan termasuk risiko operasi, kewangan, dan pematuhan.
Pengetahuan mengenai penjadualan pengangkutan dan penyelarasan aktiviti logistik multimodal.
Pengetahuan mengenai peraturan pengangkutan tempatan dan antarabangsa, piawaian keselamatan, dan keperluan alam sekitar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1324-01
Ketua Stesen Kereta Api
1324-02
Pengurus Pengangkutan
1324-03
Pengurus Perolehan/Pembelian
1324-04
Pengurus Operasi Pelabuhan/Perkapalan
1324-05
Pengurus Operasi Logistik Halal
1324-06
Pengurus Pembelian (Pemprosesan Daging Halal)
1324-07
Pengurus Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV)
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.