Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1311
Bandingkan
Pengurus Pengeluaran Pertanian, Perhutanan, dan Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
Tugasan
Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya.
Menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program pertanian.
Memantau aktiviti pasaran pertanian dan perhutanan, dan merancang pengeluaran untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran.
Menentukan dan menguruskan peruntukan bajet, memantau pengeluaran dan merekodkan maklumat seperti amalan pengurusan ladang, dan menyediakan laporan kewangan dan operasi.
Berbincang dengan pembeli untuk mengatur penjualan tanaman dan ternakan.
Mengikat kontrak dengan petani atau pemilik bebas untuk pengeluaran tanaman dan ternakan, atau untuk pengurusan pengeluaran.
Merancang jenis, intensiti dan kaedah operasi perladangan (contohnya menentukan masa terbaik untuk penanaman, semburan dan penuaia.
Menganalisis tanah untuk menentukan jenis dan kuantiti baja yang diperlukan untuk pengeluaran maksimum.
Membeli jentera, peralatan dan bekalan seperti traktor, benih, baja dan bahan kimia.
Mengenal pasti dan mengawal persekitaran kawasan pertanian dan hutan daripada toksin, rumpai, perosak dan penyakit.
Mengurus operasi pertanian seperti memastikan bangunan, sistem bekalan air dan peralatan dalam keadaan baik.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.