Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1216
Bandingkan
Pengurus Kualiti merancang, mengarah dan bertanggungjawab untuk pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) organisasi.
Tugasan
Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti organisasi mematuhi kehendak pelanggan, operasi dalaman, ISO, dan keperluan pengawalseliaan / undang-undang.
Mengawasi pemeriksaan barang-barang yang masuk, memastikan ia memenuhi keperluan organisasi.
Menguruskan pemantauan, pengukuran, dan semakan semula standard kualiti.
Memimpin pasukan jurutera kualiti, pemeriksa, juruaudit, penganalisis, dan juruteknik.
Mengekalkan standard, peraturan / undang-undang, isu dan perkara berkaitan dengan kualiti produk (perkhidmatan).
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.