Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1214-02
Bandingkan
Pengurus Fesyen dan Pakaian merancang, mengarah dan menyelaras keseluruhan operasi aktiviti fesyen dan pakaian, mengintegrasikan fungsi reka bentuk, pengeluaran dan pemasaran untuk menghasilkan pakaian yang berdaya maju secara komersial. Pengurus menyelia pembangunan koleksi pakaian, mengurus proses pengeluaran dan rantaian bekalan, dan memastikan output memenuhi piawaian kualiti, sasaran kos dan jadual penghantaran. Peranan ini mengimbangi hala tuju kreatif dengan tanggungjawab pengurusan dan komersial, memastikan pakaian sejajar dengan kedudukan jenama, permintaan pasaran dan trend fesyen semasa.
Tugasan
Merancang, menyelaras, dan menyelia reka bentuk, pengeluaran, dan pengedaran produk fesyen dan pakaian.
Mengurus pasukan pereka, juruteknik, dan kakitangan sokongan yang terlibat dalam pembangunan dan pengeluaran pakaian.
Merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti operasi dalam perniagaan fesyen dan pakaian.
Membangunkan dan mengurus bajet, memantau kos pengeluaran, serta mengawal perbelanjaan operasi.
Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran berdasarkan analisis pasaran dan objektif perniagaan bagi produk fesyen.
Menjalankan penyelidikan pasaran untuk menyokong keputusan reka bentuk produk selaras dengan keutamaan pengguna dan trend industri.
Menetapkan dan memantau proses pengeluaran pakaian bagi memastikan pematuhan kepada standard kualiti.
Menyelia perolehan fabrik dan bahan serta mengurus hubungan dengan pembekal dan vendor.
Menyelaras dengan pasukan pemasaran dan jualan untuk mempromosikan produk dan meningkatkan keterlihatan pasaran.
Memantau penggunaan sumber bagi memastikan operasi pengeluaran yang cekap dan kos efektif.
Kemahiran
Asas
Kebolehan organisasi yang tinggi serta tahap ketelitian bagi mengurus aliran kerja dan proses pengeluaran.
Kebolehan untuk mengurus bajet dan garis masa pengeluaran dengan berkesan.
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan yang kukuh untuk menyelia operasi fesyen dan pakaian.
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk menyelaras kerja merentasi jabatan dan rakan kongsi luaran.
Kemahiran mendengar secara aktif dan kepekaan sosial bagi menyokong kerjasamadan penglibatan pihak berkepentingan.
Khusus
Pengetahuan mengenai analisis trend fesyen, permintaan pasaran, dan tingkah laku pengguna.
Pengetahuan mengenai fabrik, tekstil, dan teknik pembinaan pakaian.
Pengetahuan mengenai merchandising fesyen termasuk penempatan produk, strategi harga, dan teknik promosi.
Pengetahuan mengenai pengurusan rantaian bekalan dan logistik dalam pengeluaran pakaian.
Pengetahuan mengenai proses pengeluaran pakaian dari konsep reka bentuk hingga produk siap.
Pengetahuan mengenai standard kawalan kualiti dalam pembuatan pakaian.
Pengetahuan mengenai standard kesihatan, keselamatan, dan pematuhan dalam persekitaran pengeluaran pakaian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.