Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1211-08
Bandingkan
Pengurus Tuntutan menyelia dan mengurus unit pemprosesan tuntutan insurans bagi memastikan tuntutan disiasat, dinilai dan diselesaikan dengan tepat dan cekap mengikut dasar organisasi, keperluan kawal selia dan piawaian perundangan. Pengurus merancang dan menyelaras operasi, menyelia dan membimbing kakitangan serta memantau aliran kerja untuk mengurus pendedahan kewangan dan mengurangkan risiko. Pengurus juga berhubung dengan pengurusan kanan dan fungsi berkaitan untuk menyelesaikan isu tuntutan yang kompleks dan menyokong tadbir urus tuntutan yang berkesan.
Tugasan
Menyemak, menilai, dan meluluskan tuntutan mengikut perlinn polisi, hasil siasatan, dan garis panduan undang-undang.
Menyelia dan memimpin pasukan pelaras atau pegawai tuntutan bagi memastikan pengendalian tuntutan yang cekap dan tepat pada masanya.
Merunding penyelesaian tuntutan dengan penuntut, pemegang polisi, atau pihak ketiga selaras dengan terma polisi dan keperluan undang-undang.
Memberi kepakaran teknikal untuk menyelesaikan tuntutan yang kompleks atau bernilai tinggi.
Memastikan pematuhan kepada peraturan industri dan prosedur syarikat dalam semua aktiviti tuntutan.
Menjalankan semakan dan siasatan berkaitan tuntutan bagi menyokong penyelesaian tuntutan yang tepat dan adil.
Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk mencegah tuntutan palsu serta mengurus risiko berkaitan.
Memantau operasi tuntutan bagi memastikan ketepatan dalam pemprosesan tuntutan dan pelaporan kewangan.
Menganalisis prestasi tuntutan dan mencadangkan penambahbaikan kepada proses dan polisi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitik untuk menyemak data tuntutan dan mengenal pasti risiko atau potensi penipuan.
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan sumber manusia untuk membimbing pasukan dan memastikan aliran kerja yang lancar.
Kemahiran komunikasi untuk menerangkan perkara berkaitan tuntutan dengan jelas kepada pelanggan dan pasukan dalaman.
Kemahiran mendengar secara aktif dan pemikiran kritis untuk memahami isu serta menyokong proses membuat keputusan.
Tahap ketelitian yang tinggi bagi memastikan ketepatan dan kelengkapan dalam pemprosesan tuntutan.
Khusus
Kecekapan dalam analisis kewangan dan pelaporan berkaitan operasi tuntutan.
Kecekapan dalam pengiraan penyelesaian tuntutan mengikut had dan syarat polisi.
Kecekapan dalam penilaian tuntutan, penilaian risiko, dan penentuan kesahihan tuntutan.
Pengetahuan dalam analisis data tuntutan dan pengenalpastian trend yang mempengaruhi corak tuntutan.
Pengetahuan dalam ramalan tuntutan dan penilaian impak kewangan.
Pengetahuan mengenai teknik rundingan tuntutan dalam rangka kerja polisi dan undang-undang.
Pengetahuan mengenai undang-undang insurans dan keperluan peraturan berkaitan pengurusan tuntutan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.