- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran dan Komersil
Kumpulan Kecil
121
Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Unit
1211
Pengurus Kewangan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1211-02
Bandingkan
Pengurus Audit dan Pengurusan Risiko merancang, mengatur dan menyelia fungsi audit dan pengurusan risiko organisasi, memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan dan kawalan dalaman. Mereka mengetuai aktiviti audit dan penilaian risiko, menilai prestasi operasi dan kewangan, mengenal pasti potensi risiko dan mengesyorkan langkah-langkah untuk mengurangkan kerugian atau ketidakpatuhan. Peranan ini termasuk menyelia pasukan, mengurus hubungan pelanggan atau jabatan, menyediakan laporan dan memberikan nasihat strategik kepada pengurusan kanan untuk meningkatkan tadbir urus dan proses perniagaan.
Tugasan
Merancang, mengatur dan menyelia audit dan penilaian risiko di seluruh organisasi.
Membangun dan melaksanakan program audit dan strategi pengurusan risiko.
Menjalankan audit rekod kewangan, operasi dan kawalan dalaman untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan piawaian tadbir urus korporat.
Mengenal pasti dan menilai potensi risiko kewangan, operasi dan strategik, serta mengesyorkan langkah-langkah mitigasi.
Memantau keberkesanan pengurusan risiko dan pelan tindakan pembetulan.
Menyediakan dan membentangkan laporan audit dan pengurusan risiko, termasuk penemuan dan cadangan, kepada pengurusan kanan dan pihak berkepentingan.
Memimpin, membimbing dan melatih pasukan audit dan pengurusan risiko untuk meningkatkan prestasi dan pematuhan.
Mengurus hubungan dengan pelanggan, pihak berkuasa kawal selia dan jabatan dalaman mengenai perkara audit dan risiko.
Memastikan kesediaan organisasi untuk krisis dan melaksanakan pelan kesinambungan perniagaan.
Menasihati pihak pengurusan tentang peningkatan kawalan dalaman, tadbir urus dan kecekapan operasi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk mengaplikasikan pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah bagi menilai isu dan membangunkan penyelesaian audit atau mitigasi risiko yang berkesan..
Kemahiran analitik yang kukuh untuk menilai maklumat kewangan, mengenal pasti risiko dan mengesan ruang penambahbaikan.
Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan untuk mengurus aktiviti audit dan bekerjasama merentasi jabatan.
Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang jelas dan berkesan untuk melaporkan penemuan kepada pihak pengurusan dan pihak berkepentingan.
Tahap ketelitian dan ketepatan yang tinggi dalam kerja pengauditan, pelaporan, dan kerja berkaitan pematuhan.
Khusus
Kemahiran dalam membentangkan maklumat kewangan yang kompleks secara jelas dan mudah difahami.
Kemahiran dalam pemodelan kewangan, penyediaan bajet dan ramalan untuk menyokong pembuatan keputusan organisasi.
Kemahiran dalam penggunaan sistem kewangan dan perisian perakaunan.
Kemahiran dalam penyediaan dan tafsiran laporan kewangan selaras dengan piawaian peraturan dan pematuhan.
Kemahiran dalam perancangan kewangan strategik untuk menyelaraskan bajet dengan objektif organisasi.
Pengetahuan dalam analisis kewangan termasuk analisis hasil, kawalan kos dan pengurusan perbelanjaan.
Pengetahuan dalam pemantauan prestasi dan aktiviti kewangan untuk menyokong pelaksanaan yang berkesan.
Pengetahuan dalam pengurusan pihak berkepentingan kewangan berkaitan fungsi bajet dan penasihatan.
Pengetahuan dalam penilaian risiko dan kawalan kewangan untuk memastikan ketepatan dan akauntabiliti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1211-01
Pengurus Belanjawan/Perakaunan Kewangan
1211-02
Pengurus Audit dan Pengurusan Risiko
1211-03
Pengurus Kredit
1211-04
Pengurus Insurans
1211-05
Pengurus Dana/Portfolio
1211-06
Pengurus Perbendaharaan
1211-07
Pengurus Cukai
1211-08
Pengurus Tuntutan
1211-09
Pengurus Penilaian Aktuari
1211-10
Pengurus Pembidaan
1211-11
Pengurus Harga Pindahan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.