- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
11
Ketua Eksekutif, Pegawai Kanan, dan Penggubal Undang-Undang
Kumpulan Kecil
111
Penggubal Undang-Undang dan Pegawai Kanan
Kumpulan Unit
1114
Pegawai Kanan Pertubuhan Berkepentingan Khas
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1114
Bandingkan
Pegawai Kanan Pertubuhan Berkepentingan Khas
Pegawai Kanan Pertubuhan Berkepentingan Khas menentukan, merumus dan mengarah pelaksanaan dasar pertubuhan berkepentingan khas seperti pertubuhan parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, persatuan perdagangan dan perindustrian, pertubuhan kemanusiaan atau amal, atau persatuan sukan, dan bertindak bagi pihak pertubuhan mereka.
Tugasan
Menentukan serta merumus dasar, kaedah dan peraturan parti politik atau organisasi berkenaan.
Merancang, mengarah dan menyelaraskan fungsi am organisasi.
Mengkaji semula operasi dan hasil mesyuarat organisasi dan melapor kepada lembaga pengarah dan badan-badan yang mentadbir, ahli organisasi dan agensi pembiayaan.
Merancang, mengendalikan dan mengarah bahagian yang dipertanggungjawab melaksanakan dasar organisasi.
Memastikan sistem dan prosedur yang sesuai dibangunkan dan dilaksanakan bagi kawalan bajet.
Memantau dan menilai prestasi organisasi atau perusahaan terhadap objektif dan dasar yang ditubuhkan.
Mewakili organisasi pada majlis-majlis rasmi dan mesyuarat lembaga, dalam rundingan, pada konvensyen, pendengaran awam dan forum.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.