Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1112
Bandingkan
Pegawai Kanan Kerajaan
Pegawai Kanan Kerajaan menasihati kerajaan mengenai perkara berkaitan dasar, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan undang-undang oleh jabatan dan agensi kerajaan, mewakili negara di luar negeri dan bertindak bagi pihaknya, atau menjalankan tugas yang seumpamanya dalam pertubuhan antara kerajaan. Mereka merancang, menyusun, mengarah, mengawal dan menilai aktiviti keseluruhan jabatan kerajaan, lembaga, agensi atau pesuruhjaya perbandaran atau tempatan, serantau dan nasional yang selaras dengan undang- undang dan dasar yang digubal oleh kerajaan dan badan perundangan.
Tugasan
Menasihati kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan tentang hal ehwal dasar.
Memberi nasihat berhubung dengan penyediaan bajet, undang-undang dan peraturan kerajaan, termasuk pindaan.
Menggubal atau meluluskan dan menilai program dan prosedur untuk dilaksanakan oleh kerajaan.
Mencadangkan, mengkaji semula, menilai dan meluluskan dokumen dan laporan yang dikemukakan oleh pengurus pertengahan dan kakitangan kanan.
Memastikan sistem dan prosedur yang sesuai dibangunkan dan dilaksanakan untuk menyediakan kawalan belanjawan.
Membuat pembentangan kepada jawatankuasa undang-undang dan wakil kerajaan lain mengenai perancangan dasar atau peruntukan bajet.
Melaksanakan dasar, pelan dan program kerajaan yang telah diluluskan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.