Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
031
Pegawai Tugas Am (TUDM)
Pegawai Tugas Am (TUDM) bermaksud individu yang menjalankan fungsi-fungsi utama dalam Perkhidmatan Tentera Udara DiRaja Malaysia. Kumpulan ini dibahagikan kepada cawangan-cawangan yang terlibat secara terus di barisan hadapan seperti Juruterbang, Jurumalim, Jurutera, Jurusensor Senjata dan lainlain, manakala bantuan operasi pula terdiri daripada pegawai yang menguruskan logistik dan pentadbiran. Susunan pangkat bagi Pegawai Tugas Am di dalam TUDM adalah bermula dari Leftenan Muda TUDM, Leftenan TUDM, Kapten TUDM, Mejar TUDM, Leftenan Kolonel TUDM, Kolonel TUDM, Brigedier Jeneral TUDM, Mejar Jeneral TUDM, Leftenan Jeneral TUDM dan Jeneral TUDM.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.