Versi Lama

Pekerjaan Kritikal

Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) ialah senarai pekerjaan di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai berkemahiran, mendapat permintaan tinggi dan strategik.
Sumber data: Center Image
In-demand
Kod MASCO 2149
Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi) yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Profesional Kejuruteraan (Tidak termasuk Elektroteknologi) yang Tidak dikelaskan di Mana-mana Kumpulan Kecil 214: Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi). Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk jurutera bahan peletupan, jurutera penyelamat marin dan jurutera nuklear.
Kod MASCO 2151
Jurutera Elektrik
Jurutera Elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk dan mengarahkan pembinaan dan operasi sistem, komponen elektrik, motor dan peralatan, dan memberi nasihat serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikan, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk dan proses dalam kejuruteraan elektrik.
Kod MASCO 2152
Jurutera Elektronik
Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan, mereka bentuk dan mengarah fungsian bagi penyelenggaraan dan pembaikan sistem elektronik. Mereka mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk dan proses dalam kejuruteraan elektronik.
Kod MASCO 2166
Pereka Grafik dan Multimedia
Pereka Grafik dan Multimedia mereka bentuk kandungan maklumat komunikasi visual dan audio, penerbitan dan paparan menggunakan filem, elektronik, digital dan lain-lain bentuk media visual dan audio. Mereka mencipta kesan khas, animasi, atau lain-lain imej visual untuk kegunaan dalam permainan komputer, filem, video muzik, media cetak dan iklan.
Kod MASCO 2171
Jurutera Kapal
Jurutera Kapal mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan dan jentera elektrik dan elektronik di atas kapal, atau melaksanakan fungsi sokongan yang berkaitan.
Kod MASCO 2182
Profesional Pembuatan
Profesional Pembuatan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau mengaplikasikan pengetahuan sedia ada berhubung dengan penghasilan makanan, kertas, kilang kayu, gudang serta jaminan kualiti.
Kod MASCO 2212
Pengamal Perubatan Pakar
Pengamal Perubatan Pakar mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit, jangkitan, kecederaan dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental pada manusia melalui ujian, diagnostik, perubatan, pembedahan, teknik fizikal dan psikiatri yang khusus dengan pengaplikasian prinsip dan prosedur perubatan moden. Mereka pakar dalam penyakit atau kaedah rawatan tertentu, dan boleh mengajar dan membuat penyelidikan dalam bidang pengkhususan mereka.
Kod MASCO 2221
Profesional Kejururawatan
Profesional Kejururawatan menyediakan rawatan, sokongan dan penjagaan kepada mereka yang memerlukan penjagaan kejururawatan kerana kesan penuaan, penyakit, kecederaan, atau kemerosotan fizikal atau mental yang lain, atau potensi risiko kepada kesihatan.
Kod MASCO 2262
Ahli Farmasi
Ahli Farmasi menyimpan dan mendispens ubatan, dan memberi konsultasi penggunaan ubatan dan kesannya menurut preskripsi doktor perubatan dan profesional kesihatan lain. Mereka membantu dalam penyelidikan, penyediaan ujian dan memantau terapi perubatan untuk meningkatkan kesihatan manusia.
Kod MASCO 2263
Profesional Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan dan Kebersihan
Profesional Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan dan Kebersihan menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
Kod MASCO 2264
Jurupulih Anggota
Jurupulih Anggota menilai, merancang dan menjalankan program-program pemulihan untuk memperbaiki atau memulihkan fungsi otot manusia, meningkatkan keupayaan pergerakan, melegakan sindrom kesakitan, dan merawat atau mencegah ketidakfungsian yang dikaitkan dengan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Mereka menggunakan pelbagai terapi fizikal dan teknik seperti pergerakan, ultrabunyi, pemanasan, laser, dan teknik-teknik lain.
Kod MASCO 2311
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi menyediakan dan menyampaikan kuliah dan tutorial bagi satu atau lebih subjek untuk kursus pengajian yang telah ditetapkan di universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Mereka menjalankan penyelidikan serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.
Kod MASCO 2411
Akauntan dan Juruaudit
Akauntan dan Juruaudit merancang, mengatur dan mentadbir sistem perakaunan serta memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi individu dan pertubuhan untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur perakaunan yang ditetapkan.
Kod MASCO 2412
Penasihat Kewangan dan Pelaburan
Penasihat Kewangan dan Pelaburan membangunkan rancangan kewangan untuk individu dan organisasi dan melabur serta menguruskan dana bagi pihak mereka.
Kod MASCO 2413
Juruanalisis Kewangan
Juruanalisis Kewangan melaksanakan analisis kuantitatif maklumat yang mempengaruhi pelaburan di institusi awam dan swasta.
Kod MASCO 2426
Profesional Penyelidikan dan Pembangunan
Profesional Penyelidikan dan Pembangunan merancang, menggubal dasar dan bertanggungjawab dalam penyelidikan asas dan sains ke arah pembangunan teknologi dan ciptaan-ciptaan baru.
Kod MASCO 2431
Profesional Pengiklanan dan Pemasaran
Profesional Pengiklanan dan Pemasaran membangunkan dan menyelaras strategi dan kempen pengiklanan serta mewujudkan peluang-peluang pasaran bagi barangan dan perkhidmatan baru, atau yang sedia ada.
Kod MASCO 2511
Juruanalisis Sistem Komputer
Juruanalisis Sistem Komputer berperanan untuk mengumpul dan menganalisis fakta tentang operasi, prosedur dan sistem bagi memindahkannya kepada bentuk program yang sesuai untuk peralatan pemprosesan data, dan mencadangkan penggunaan komputer bagi meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.
Kod MASCO 2512
Pembangun Perisian
Pembangun Perisian menyelidik, menganalisis dan menilai keperluan aplikasi perisian dan sistem operasi sedia ada atau yang baharu, dan mereka bentuk, membangunkan, menguji dan menyelesaikan masalah perisian untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Kod MASCO 2514
Pengaturcara Aplikasi
Pengaturcara Aplikasi menulis dan menjaga programmable code yang digariskan dalam panduan dan spesifikasi teknikal untuk aplikasi perisian dan sistem operasi.
Kod MASCO 2519
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 251: Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi. Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk Penguji Perisian, Penguji Sistem dan Jurutera Jaminan Kualiti.

Menunjukkan 85 hingga 105 daripada 132 keputusan

← Kembali
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.