Versi Lama

Pekerjaan Kritikal

Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) ialah senarai pekerjaan di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai berkemahiran, mendapat permintaan tinggi dan strategik.
Sumber data: Center Image
In-demand
Kod MASCO 8332
Pemandu Trak Berat dan Lori
Pemandu Trak Berat dan Lori memandu dan menjaga kenderaan berat bermotor untuk mengangkut barang, cecair, dan barang berat bagi perjalanan jarak dekat atau jarak jauh.
Kod MASCO 8341
Operator Loji Bergerak bagi Ladang dan Perhutanan
Operator Loji Bergerak bagi Ladang dan Perhutanan memandu atau mengendalikan satu atau lebih jenis jentera atau kelengkapan bergerak yang digunakan dalam operasi perladangan, hortikultur dan perhutanan.
Kod MASCO 8343
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan mengendalikan dan mengawasi kren pegun dan bergerak dan juga kelengkapan takal yang lain.
Kod MASCO 1121
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif merangka dan mengkaji semula dasar, dan merancang, mengarah, menyelaras dan menilai aktiviti-aktiviti keseluruhan perusahaan atau organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas dan jabatan-jabatan kerajaan) dengan sokongan pengurus lain, biasanya dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbir yang mereka ini perlu bertanggungjawab bagi segala operasi yang dijalankan dan hasil yang diperoleh.
Kod MASCO 1211
Pengurus Kewangan
Pengurus Kewangan merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi, berunding dengan pengurus kanan dan dengan pengurus jabatan atau bahagian lain, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan kewangan kepada perusahaan dan organisasi lain.
Kod MASCO 1212
Pengurus Sumber Manusia
Pengurus Sumber Manusia merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.
Kod MASCO 1213
Pengurus Dasar dan Perancangan
Pengurus Dasar dan Perancangan merancang, mengatur, menyelaras dan memberi nasihat berkaitan dasar dan perancangan strategik dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan agensi swasta, atau menguruskan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menyediakan perkhidmatan dasar dan perancangan strategik.
Kod MASCO 1214
Pengurus Perkhidmatan Perniagaan
Pengurus Perkhidmatan Perniagaan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
Kod MASCO 1216
Pengurus Kualiti
Pengurus Kualiti merancang, mengarah dan bertanggungjawab untuk pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) organisasi.
Kod MASCO 1221
Pengurus Jualan dan Pemasaran
Pengurus Jualan dan Pemasaran merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan dan organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada perusahaan dan organisasi lain.
Kod MASCO 1311
Pengurus Pengeluaran Pertanian, Perhutanan, dan Penternakan
Pengurus Pengeluaran Pertanian, Perhutanan, dan Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
Kod MASCO 1321
Pengurus Pembuatan
Pengurus Pembuatan merancang, mengatur, memimpin, mengawal, dan menyelaras aktiviti pengeluaran perkilangan bagi perusahaan besar, atau sebagai pengurus sebuah syarikat perkilangan kecil.
Kod MASCO 1324
Pengurus Bekalan, Pengagihan, dan yang Berkaitan
Pengurus Bekalan, Pengagihan, dan yang Berkaitan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras bekalan, pengangkutan, penyimpanan dan pengedaran barang.
Kod MASCO 1511
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi mengurus, merancang, mengarah, memantau dan menyelaras pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi.
Kod MASCO 2113
Ahli Kimia
Ahli Kimia menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau mengaplikasikan pengetahuan saintifik berhubung dengan kimia, terutamanya untuk menguji, membangunkan dan menambah baik bahan serta produk dan proses industri.
Kod MASCO 2121
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori, kaedah dan teknik operasi matematik, aktuari dan perangkaan, serta memberi nasihat atau menggunakan aplikasi praktikalnya dalam bidang seperti kejuruteraan, perniagaan, sains dan sosial.
Kod MASCO 2141
Jurutera Industri dan Pengeluaran
Jurutera Industri dan Pengeluaran merancang, menjalankan penyelidikan, mereka bentuk, dan menyelia pembinaan, pengoperasian dan proses penyelenggaraan serta pemasangan loji. Mereka membuat program untuk menyelaraskan aktiviti perkilangan dan menilai keberkesanan kos dan keselamatan.
Kod MASCO 2142
Jurutera Awam
Jurutera Awam merancang, menjalankan penyelidikan, memberi nasihat, mereka bentuk dan mengarah aktiviti pembinaan, menguruskan operasi dan penyelenggaraan struktur kejuruteraan awam, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan- bahan tertentu.
Kod MASCO 2144
Jurutera Mekanikal
Jurutera Mekanikal menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat tentang reka bentuk, dan mengarah pengeluaran mesin, pesawat, kapal, jentera dan kelengkapan dan sistem loji industri; dan memberi nasihat serta mengarah fungsian, penyelenggaraan dan pembaikpulihan, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.
Kod MASCO 2145
Jurutera Kimia
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan membangunkan, mereka bentuk, memberi khidmat nasihat, dan mengarah proses dan pengeluaran kimia berskala komersil bagi pelbagai bahan dan barangan seperti minyak mentah, terbitan petroleum, produk makanan dan minuman, ubat-ubatan atau bahan sintetik, dan mengarah penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji industri, atau mengkaji dan memberi khidmat nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.
Kod MASCO 2146
Jurutera Perlombongan, Ahli Kaji Logam dan Profesional yang Berkaitan
Jurutera Perlombongan, Ahli Kaji Logam dan Profesional yang Berkaitan menjalankan penyelidikan, mereka bentuk, serta membangunkan dan menyelenggara kaedah mengekstrak logam daripada bijih atau mineral, air, serta minyak atau gas berskala komersil dari bumi, dan mencipta aloi baru, seramik dan bahan lain, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.

Menunjukkan 64 hingga 84 daripada 132 keputusan

← Kembali
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.