- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
81
Operator Mesin dan Loji Pegun
Kumpulan Kecil
817
Operator Loji Pemprosesan Kayu dan Pembuatan Kertas
Kumpulan Unit
8172
Operator Loji Pemprosesan Kayu
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8172
Bandingkan
Operator Loji Pemprosesan Kayu
Operator Loji Pemprosesan Kayu mengendalikan dan mengawasi jentera dan kelengkapan untuk menggergaji kayu, memotong venier dan membuat papan lapis, papan habuk, dan papan cip, serta menyediakan kayu untuk kegunaan selanjutnya.
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi sistem penyuapan dan penghantar balak.
Mengendalikan dan mengawasi gergaji turus, gergaji semula, dan gergaji berbilang mata untuk menggergaji balak, papak, atau cabang dan mengasah tepi yang kasar pada papan.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang memotong venier.
Mengendalikan dan mengawasi mesin penyusun teras papan lapis dan mesin penekan plat panas papan lapis.
Mengendalikan tanur pemanas stim untuk mengeringkan kayu.
Mengendalikan kelengkapan yang mengeringkan kayu.
Mengendalikan pengering untuk mengeringkan kepingan venier yang baru dibentuk.
Mengendalikan mesin untuk mengklipkan kepingan venier selanjar mengikut lebar yang ditetapkan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.