Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4416
Bandingkan
Kerani Personel
Kerani Personel menyelenggara dan mengemas kini rekod personel seperti maklumat tentang pemindahan dan promosi, penilaian prestasi, cuti kakitangan yang diambil dan dikumpulkan, gaji, kelayakan, dan latihan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengemas kini maklumat tentang sejarah pekerjaan, gaji, penilaian prestasi, dan latihan serta cuti yang diambil dan dikumpulkan.
Memulakan rekod bagi pekerja yang baru dilantik dan menyemak rekod untuk memastikan rekod lengkap.
Memproses permohonan pekerjaan dan kenaikan pangkat serta memaklumkan kepada pemohon tentang keputusan permohonan mereka.
Menerima dan menjawab pertanyaan tentang kelayakan dan syarat bagi pekerjaan.
Menguruskan pengiklanan jawatan, peluang pekerjaan dan peperiksaan kerja.
Menyelenggara dan mengemaskini sistem pemfailan dan pendaftaran manual dan berkomputer, serta menyusun dan menyediakan laporan dan dokumen yang berkaitan dengan aktiviti personel.
Menyimpan dan mendapatkan semula rekod dan fail personel apabila diminta.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.