- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
42
Kerani Perkhidmatan Pelanggan
Kumpulan Kecil
422
Pekerja Maklumat Pelanggan
Kumpulan Unit
4222
Kerani Pusat Penerangan Informasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4222-04
Bandingkan
Pembantu Penerangan Gred S1
Pembantu Penerangan Gred S1 bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpuldan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.
Tugasan
Membantu penyediaan belanjawan mengurus tahunan.
Membantu mengurus hal ehwal pentadbiran, urusan perkhidmatan dan kursus pegawai bahagian, negeri dan daerah.
Bertindak sebagai pegawai operasi aktiviti dan program jabatan di peringkat bahagian, negeri dan daerah.
Melaksanakan aktiviti penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara melalui komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik.
Membantu melaksanakan program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awam dan komunikasi visual.
Membantu melaksanakan secara bersepadu program dan aktiviti mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat berbilang kaum untuk memupuk semangat cintakan negara.
Menjalankan aktiviti risikan dan penyediaan laporan kaji selidik aktiviti di peringkat negeri dan daerah.
Menjalankan aktiviti naziran dan perancangan strategik berkenaan perhubungan awam, media dan publisiti serta aktiviti-aktiviti jabatan.
Membantu menyediakan laporan pemantauan dan perisikan terhadap pendapat dan maklum balas awam mengenai isu-isu semasa di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Membantu menyediakan program latihan dan laporan latihan kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikut keperluan dan kemahiran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.