Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4221
Bandingkan
Perunding Perjalanan dan Kerani yang Berkaitan
Perunding Perjalanan dan Kerani yang Berkaitan membekalkan maklumat, mengatur jadual perjalanan, mendapatkan tempahan perjalanan dan penginapan, serta mengatur lawatan berkumpulan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mendapatkan maklumat tentang kos dan kemudahan jenis pengangkutan dan penginapan, menentukan keperluan pelanggan, dan menasihati mereka tentang urusan perjalanan.
Menyediakan jadual perjalanan.
Membuat dan mengesahkan tempahan yang perlu.
Mengeluarkan tiket dan baucer.
Membantu pelanggan mendapatkan dokumen perjalanan yang perlu seperti visa.
Menyediakan bil dan menerima bayaran.
Mengatur program lawatan berkumpulan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.