Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4111-04
Bandingkan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1, N2, N3, N4 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Tugasan
Terlibat dalam pentadbiran pejabat, pengurusan personel, pengurusetiaan, menaip dokumen rasmi, pengurusan rekod, fail, dan kewangan.
Mengurus keselamatan bangunan, kawasan, pejabat, harta alih/tidak alih, kediaman/kuarters, rumah pangsa, harta awam, serta pengurusan kebersihan, kawalan vektor penyakit, dan tapak pelupusan sampah.
Menyelenggara meter air, akaun, bil dan paip.
Mengurus taman awam, kemudahan, kebersihan, aktiviti menghias dan pengawasan kakitangan/pengunjung.
Mengurus pelesenan/permit, kutipan hasil/cukai, pendaftaran, permohonan hak milik, serta pengumpulan, semakan, kemasukan dan penyelenggaraan data dan rekod HRMIS.
Mengurus protokol/istiadat, penghantaran bil/waran, penyitaan, rekod rampasan, lelongan harta, dan peralatan perhubungan/komunikasi termasuk pemprosesan maklumat.
Mengendalikan majlis keramaian, aktiviti kemasyarakatan (gotong-royong, upacara keagamaan, sambutan perayaan), dan pasar malam.
Kemahiran
Khusus
Berkebolehan mengendalikan peralatan pejabat dan komunikasi.
Berkebolehan mengendalikan perisian komputer.
Mempunyai kemahiran menaip.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.