Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-13
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B5 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Membantu, melaksana dan mengelola program/aktiviti pembangunan kebudayaan dan kesenian, termasuk merancang dan menyusun program/aktiviti.
Mengawal selia program/aktiviti kebudayaan dan kesenian serta mengurus pelantikan artis hiburan dan pemilihan lagu.
Memberikan khidmat nasihat kreatif dan teknikal kepada kumpulan, persatuan atau pertubuhan yang mengadakan persembahan di premis Pusat Pelancongan Malaysia.
Mengurus dan mengendalikan keperluan ruang pameran, pentas, peralatan seni, budaya dan teknikal (Lighting, Sound, Audio Visual, mekanikal pentas).
Mengurus persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu khas.
Menyediakan bahan promosi untuk iklan di majalah, akhbar dan jingle hebahan di radio, serta menyelaras penghantaran bahan promosi ke negeri-negeri.
Menyelaras publisiti di media elektronik termasuk temu ramah dan temubual di TV dan radio, serta Majlis Sidang Media setiap acara.
Menjalankan kerja-kerja pengurusan produksi dan menjadi Pengurus Pentas untuk persembahan di Istana Budaya dan luar Istana Budaya.
Menguruskan tempat latihan dan menyediakan jadual latihan untuk setiap produksi teater.
Menjadi pengantara dalam persembahan luar negara di Istana Budaya.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.